Mainan Meningkatkan Minda
Bermain adalah satu aktiviti yang natural atau semulajadi. Ia memberi keceriaan dan keriangan kepada bayi di samping merangsang pertumbuhan otak. Melalui permainan anak-anak mendapat peluang untuk membentuk kemahiran hidup, berinteraksi dengan rakan-rakan dan ibu bapa, membentuk kreativiti dan kemahiran serta membentuk komunikasi dan emosi .
Ibu dan bapa jangan membisu dan kaku. Biasakan bergerak, bercakap-cakap, mengusik-usik, menyanyi dan bermainmain dengan bayi setiap kali ada peluang bila bayi celik mata.
1. Permainan meningkatkan perkembangan minda kognitif bayi. Dengan bermain bayi akan menggunakan pancaindera-pancaindera sentuhan, penglihatan, pendengaran serta bau. Hasilnya segala maklumat akan dihantar ke otak dan jaringan neuro akan dibentuk. Bila aktiviti-aktiviti mainan diulang-ulang jaringan neuro akan menjadi lebih kukuh.
2. Bermain dengan bayi anda menguatkan ikatan hubungan (bonding) antara bayi dan ibu bapa. Hubungan ini penting untuk masa hadapan.
3. Bermain juga meningkatkan kemahiran pergerakan bayi (motor skills) seperti menyelar,merangkak, berjalan, bergolek, menggenggam.
4. Bermain juga meningkatkan kecekapan berkomunikasi dan ekspresi emosi. Ini boleh dikesan melalui ketawa, riang gembira, nada suaranya dan mimik muka.
Latest comments
Hi Dr Hamid
Salam bersara& semoga panjang umur.
Semoga kehidupan bersara dr terus menambah nilai kehidupan bg org spt apa yg Dr selalu buat.
Love to read your article yg sungguh meninspirasikan.
Alhamdulillah...trima kasih doktor atas perkongsian dan nasihat doktor
Salam. Terima kasih Dr for sharing
Jazakallah khair Dr for sharing