KURSUS BINA ZURIAT CEMERLANG

Selain membuat rawatan terutama yang berkenaan sakit puan, yayasan turut mengadakan kursus keibubapaan dengan tema BINA ZURIAT CEMERLANG di Kompleks YJN yang terletak berdekatan stesyen MRT Awan Besar. Kursus ini bersiri dan diadakan pada pagi Sabtu jam 10.30 pagi hingga jam 12 tengah hari. Siri pertama telah dimulakan pada 2 Januari 2016.. Kursus ini diadakan 2 kali sebulan iaitu setiap selang hari Sabtu. Jadual penuh boleh didapati dari pejabat YJN.

Kursus bersiri ini dibahagikan kepada 4 modul dan dikendalikan oleh pakar-pakar khas. Modul-modul adalah seperti berikut :

1. Persediaan kehamilan dan kelahiran.

2. Anak berumur satu tahun.

3. Anak berumur dua tahun.

4. Anak berumur tiga tahun.

Program ini menumpukan pada pembentukan dan perkembangan minda anak dalam tiga tahun pertama. Ibu bapa akan dibimbing tentang kaedah-kaedah terbaik untuk membina intelek dan minda anak.

Tiada yuran dikenakan, cuma bayaran RM 10 bagi setiap peserta untuk jamuan ringan. Setiap sesi kursus dihadkan kepada 20 peserta sahaja. Ceramah-ceramah dalam modul pertama diberikan oleh Dato’ Dr Hamid Arshat, pakar perbidanan dan sakit puan merangkap Pengerusi YJN. Ibu-ibu yang sedang hamil dinasihatkan untuk hadir, jika boleh bawa suami bersama. Sila hubungi :

En Halim 012 277 1308 (boleh WhatsApp)

Cik Farah 03 7773 3500 (pejabat YJN)

Ibu Bapa Bebaskan Diri Daripada Kongkongan Adat

Ibu dan bapa adalah pendidik yang amat penting dan berkesan sekali. Jangan tunggu sehingga anak pergi ke tadika atau sekolah kerana ini terlalu lambat. Pertumbuhan otak, fungsi otak, kecerdasan otak, intelek, kemahiran matematik, pertuturan dan bahasa, kreativiti, inovasi dan lain-lain sebaiknya dimulakan dengan berbagai cara rangsangan, tunjuk ajar dan pendidikan,  sejak dalam rahim dan sejurus selepas lahir sehingga umur 3 tahun. Ibu dan bapa merupakan guru-guru utama untuk anak.

Tingkatkan ilmu dan kemahiran tentang pembangunan mental dan intelek anak . Bangsa kita jauh ketinggalan dalam bidang bina minda berbanding dengan bangsa-bangsa yang bertamadun tinggi. Jadikan ini satu tanggungjawab dan komitmen. Janganlah terlalu terikat dan terkongkong dengan adat dan amalan tradisi yang tidak berlandaskan ilmu pengetahuan dan tidak memiliki asas-asas saintifik.

Anak fitrah

 

Ibu Bapa Pendidik Anak

Diriwayatkan satu hadis nabi yang membawa maksud : “Ibu bapalah yang menentukan arah hidup seseorang anak sama ada menjadi Islam, Nasrani atau Majusi”. Oleh itu sangat penting bagi umat Islam amnya, orang Melayu khususnya untuk mempunyai budaya atau cara gaya keibubapaan yang berkesan dan tegas bagi menghasilkan keturunan generasi akan datang yang kuat iman, berilmu dan berkemahiran tinggi, berakhlak mulia, berdisiplin serta cintakan, agama, bangsa dan negara.

Kelemahan dan kekurangan ilmu serta tiada kemahiran cara gaya parenting dalam kalangan umat Islam dan bangsa Melayu telah menimbulkan banyak gejala sosial yang melanda remaja dan pemuda seperti penyalahgunaan dadah, jenayah, pengangguran, kemiskinan, kegagalan dalam pendidikan serta lemah daya saing dalam berbagai bidang kehidupan berbanding bangsa lain. Akibatnya pencapaian kita amat rendah dalam berbagai bidang seperti perniagaan, ekonomi, akademik dan penyelidikan. Terus menerus kedudukkan sosioekonomi kita tidak boleh mencapai ke tahap bangsa-bangsa bertamadun seperti orang Barat, Jepun dan Korea.

Kelab Timang sedang giat merangka program parenting untuk ibu bapa Islam khususnya mereka yang berbangsa Melayu. Beberapa modul latihan sedang disediakan oleh sekumpulan pakar. Ia bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dan menguatkan komitmen ibu bapa tentang peranan dan tanggungjawab mereka dalam menerbitkan keluarga yang berkualiti tinggi, boleh berjaya di dunia dan akhirat. Cara untuk meningkatkan mutu zuriat dalam rahim juga pembentukan otak bayi diajar. Antaranya adalah melalui kaedah rangsangan dalam rahim.

 

Anak Fitrah

Memahami fungsi otak Anak
 
 

Pelajari Cara Gaya Keibubapaan

Kemahiran dalam bidang cara gaya keibubapaan atau parenting sangat penting bagi menghasilkan zuriat yang cemerlang dan kamil. Salah satu objektif kita dalam membina  keluarga ialah untuk melahirkan zuriatan toiba iaitu anak-anak yang mempunyai ciri-ciri berikut :-

 

1. Cerdik dan pintar otak

2. Sihat dan normal tubuh badan.

3. Berakhlak mulia, yakin diri dan pandai berkomunikasi.

4. Teguh iman dan bertaqwa.

 

Jika ciri-ciri tersebut tercapai, insha Allah anak-anak kita akan medapat kejayaan di dunia dan akhirat. Penting sekali bagi ibu bapa untuk mempunyai ilmu dan kemahiran bagi mendidik dan mengasuh anak. Di samping itu pasangan suami isteri perlu ada komitmen dan rasa tanggung jawab yang berterusan, jika boleh hingga ke akhir hayat.

Program pendidikan dan asuhan anak bermula sejak pada peringkat janin dalam rahim dan berterusan sehingga anak mencapai umur tiga tahun. Pendidikan awal adalah sangat penting. Program ini digelar ' TIGA TAHUN PERTAMA'

YJN akan menyiapkan beberapa modul latihan untuk ibu bapa yang berminat, antaranya ialah :

 

1. Rangsangan bayi dalam rahim

2, Bina Minda Timang. 

3. Komunikasi dalam keluarga

 

Fasa 'pilot project' program ini telah dimulakan pada bulan november 2014 lalu diteruskan sehingga pertengahan tahun 2015. Dalam fasa ini kita telah memilih 10 - 15 pasangan kelamin. Mereka diberi tunjuk ajar tentang kaedah-kaedah merangsang minda bayi sejak daripada dalam rahim.

Bayi-bayi yang menjalani program rangsangan minda dipantau oleh pakar-pakar rujuk untuk menilai keberkesanan program. Ibu sedang hamil yang berminat  untuk memasuki program sila hubungi (PERCUMA) Fatin Atiera 03 2094 1115

 

Anak Fitrah

Memahami Otak Anak

Kaedah-kaedah Merangsang Bayi

Sejarah untuk kenangan. Pada 4 Oktober 2014 empat orang pakar telah bertemu untuk perbincangan memulakan program keibubapaan/parenting di bawah anjuran Yayasan Jabal Nur (YJN). Dari kanan adalah Dato’ Dr Hamid Arshat, mantan senator Mohd Yussop, Dato’ Syed A. Rahman dan Mahzan Osman (pakar rujuk)…

Comments

18.02.2016 10:31

hamizah

Assalam Dr. ank saya berumur 6 thn & mula bersekolah dr umur 5 thn. masalahnya saya perhatikan anak saya sukar kenal or ingat apa yg dibaca tp mahir jika buat latihan.bagaimana cara sy bole bantu dia