FIBROID - BILA PERLU BEDAH

Apakah Fibroid Perlu Dirawat?


Seperti yang saya nyatakan, tidak semua kes fibroid perlu dirawat jika ia tidak menimbulkan sebarang masalah atau gejala, apa lagi jika ketumbuhan itu kecil sahaja. Bagi wanita yang menghampiri umur putus haid (biasanya 50 tahun), fibroid itu akan mencerut atau mengecut dengan sendirinya akibat daripada kehabisan hormon estrogen. Bagi mereka ini, pembedahan atau rawatan untuk fibroid tidak diperlukan.
 
Setakat ini tidak ada rawatan menggunakan ubat yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid. Tetapi ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau daun-daun boleh memberi kesan, khususnya terhadap rahim yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas. Usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mencerutkan ketumbuhan fibroid saya percaya mungkin akan menjadi satu penemuan yang luar biasa.
 
 
Fibroid dirawat secara pembedahan 

Rawatan yang khusus bagi fibroid, khususnya yang besar serta menimbulkan masalah seperti gangguan haid, kekurangan darah (anemia), ketidaksuburan, menimbulkan gejala seperti gangguan pekencingan ataupun menyebabkan rahim turun ke bawah (prolaps) ialah pembedahan. Beberapa perkara penting perlu diambi kira sebelum seseorang doktor memilih jenis dan kaedah pembedahan. Perkara yang penting ialah sama ada wanita itu mahu melahirkan anak lagi atau tidak. Kedua, sama ada dia juga mengalami kekenduran rahim (prolaps) atau tidak.
 
Bagi wanita yang masih muda dan masih mahu melahirkan anak tetapi mengalami masalah kesuburan, pembedahan biasanya dilakukan melalui perut di mana ketumbuhan fibroid sahaja yang perlu dibuang. Pembedahan ini dinamakan myomektomi. Myoma ialah nama bagi ketumbuhan fibroid. Oleh itu, pembedahan tersebut dinamakan myomectomy. Kadangkala seseorang wanita itu boleh ditumbuhi beberapa fibroid. Saya pernah membuang lebih 20 ketulan myoma yang saiznya seperti guli kecil sehingga sebesar bola tenis dalam satu kes.
 
Pembedahan untuk membuang ketumbuhan fibroid atau myomectomy kadangkala menimbulkan masalah jangka panjang. Fibroid mungkin tumbuh semula dan menimbulkan gejala kesihatan yang akhirnya mungkin memerlukan satu lagi pembedahan.  Akibatnya rahim dan ketumbuhan perlu dibuang sekaligus.
 
 
Pembedahan Untuk Membuang Rahim (Hysterectomy)
 
Pembedahan yang mutlak bagi wanita yang menghidap tumbuhan fibroid, khususnya mereka yang tidak bercadang untuk melahirkan anak lagi kerana mungkin mereka telah mempunyai bilangan anak yang cukup atau telah menjangkau umur lebih daripada 40 tahun (dan ketumbuhan menimbulkan pelbagai masalah kesihatan) ialah pembedahan hysterectomy (dalam bahasa Melayu histerektomi menurut Kamus Dewan)Pembedahan ini dianggap sebagai satu pembedahan besar. Biasanya seseorang itu perlu tinggal di hospital selama seminggu. Pembedahan ini memerlukan lebih kurang sebulan setengah untuk pulih menjadi keadaan sediakala.

Ramai juga wanita yang tidak begitu gemar menjalani pembedahan histerektomi kerana ini akan menyebabkan kehilangan rahim, lambang kewanitaan mereka. Tanpa rahim, haid tidak lagi keluar. Sebenarnya, seseorang wanita yang menghidap penyakit dalam rahim dan tidak mahu melahirkan anak tidak lagi perlu memikirkan rahim sebagai lambang kewanitaannya mahupun untuk mengekalkan kejelitaan. Rahim hanya berfungsi untuk menaungi dan melindungi janin dalam kandungan.
 
Rahim bukan satu organ yang melambangkan kejelitaan wanita.  Ia juga tidak penting bagi menentukan hubungan seksual yang memuaskan. Sebenarnya haid bukan satu lambang kewanitaan. Sebaliknya haid sebenarnya merupakan tanda bahawa seseorang itu tidak mengandung. Jika wanita itu mengandung maka haidnya akan berhenti.
 
 
Kejelitaan Dipengaruhi oleh Hormon

Kejelitaan dan fungsi seksual lebih dipengaruhi oleh hormon estrogen yang dikeluarkan oleh kilang ovari. Biasanya, dalam pembedahan histerektomi, kedua-dua kilang ovari akan dikekalkan walaupun wanita itu telah melebihi umur 40 tahun kerana kilang  ini penting bagi mengekalkan kejelitaan, sifat-sifat kewanitaan dan juga melindungi kesihatan wanita tersebut. Hubungan seksual antara suami isteri selepas histerektomi biasanya tidak akan terjejas, malahan akan menjadi lebih baik kerana tidak diancam dengan pendarahan yang tidak teratur serta berpanjangan. Wanita itu akan menghadapi hidup yang lebih selesa tanpa haid yang luar biasa mengganggunya.
 
Dia juga boleh menumpukan lebih masa untuk beramal ibadah tanpa ada sekatan untuk bersembahyang atau berpuasa kerana haid tidak akan datang lagi dan hubungan seksual boleh dilakukan pada bila-bila  masa. Keadaan kesihatan akan menjadi lebih baik kerana kehilangan darah tidak akan  berlaku lagi. Pada keseluruhannya, wanita itu akan menjadi lebih sihat dan sejahtera selepas pembedahan histerektomi.
 
Ketumbuhan fibroid yang wujud bersama dengan prolaps atau kekenduran rahim, biasanya dirawat dengan pembedahan melalui saluran faraj. Ini bermakna tidak ada parut akan wujud pada bahagian kulit perutnya, sebaliknya kesemua pembedahan akan dilakukan menerusi saluran faraj. Di samping itu, kekenduran pada saluran faraj dapat diperbaiki dengan memperkukuhkan otot-otot yang menyokong lantai punggung dan saluran peranakan. Kaedah pembedahan ini dinamakan vaginal hysterectomy dan repair
 
Wanita akan menjadi lebih selesa dalam hubungan seksual mereka selepas pembedahan ini kerana jika ada kelonggaran berlaku pada saluran faraj, kesemuanya akan dapat diatasi dengan pembedahan untuk membetulkan saluran. Di samping itu, otot-otot di sekeliling rahim akan menjadi lebih kukuh lagi.

Akhir kata, saya ingin menekankan sekali lag, bahawa fibroid adalah ketumbuhan yang paling sering berlaku dalam rahim wanita tetapi puncanya tidak diketahui. Ia bukan ketumbuhan kanser dan jarang menyebabkan kematian. Tetapi ia boleh menimbulkan beberapa gejala termasuk gangguan haid, kekurangan darah, ketidaksuburan, gangguan pekencingan dan sebagainya. 
 
Setakat ini tidak ada ubat yang boleh mencerutkan ketumbuhan ini. Rawatan yang mutlak baginya ialah pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut sama ada ketumbuhan itu disertai dengan pembuangan rahim atau hanya pembuangan ketumbuhan sahaja. Umur 40an ialah tahap umur yang sering diserang dengan masalah ketumbuhan fibroid. 
 
  • Fibroid saiz sederhana...

  • Fibroid banyak dalam satu rahim...

  • Satu fibroid besar...

Apa Punca dan Gejala Fibroid

Apakah Ketumbuhan Fibroid?

Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, ia akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.
 
Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel daripada lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.
 
 
Mengapa Tumbuh Fibroid?
 
Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita boleh ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim.
Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, mengapa pula ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak.
 
 
Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya. Tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau mengganggu kesihatan.
 
Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku dalam kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin. Ada juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak
 
Saya juga sering menjumpai fibroid dalam kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.
 
Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid
 
Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat wanita yang menjangkau umur 30an atau 40an, telah memiliki anak yang sudah besar sukar untuk beranak lagi walaupun telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak.
 
Beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.
 
 
Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon

Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron.
 
Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid, paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan  iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang.
Oleh itu keadaan yang tidak seimbang khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.
 
Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang. Ini kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak.
 
Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu.
 
Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid.
 
Oleh itu keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku dalam kalangan wanita moden yang bekerja.
 
Tidak ada bukti menunjukkan bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.
 

Apakah Gejala-gejala Fibroid?

Fibroid mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah. Ia hanya tumbuh secara senyap tanpa menimbulkan gejala atau tanda, dan tidak menimbulkan masalah kesihatan pada wanita. Oleh itu, seseorang wanita boleh terus hidup dengan fibroid tanpa menyedarinya, khususnya jika wanita itu tidak pernah berjumpa doktor untuk mendapat pemeriksaan. Oleh kerana tidak semua fibroid menimbulkan masalah terutama jika ia kecil dan tidak menimbulkan sebarang tanda atau gejala, kadangkala ia tidak memerlukan rawatan langsung.

Perlu saya tekankan di sini, bahawa wanita yang hampir putus haid dan mempunyai ketumbuhan fibroid yang kecil saiznya lalu tidak menimbulkan apa-apa tanda tidak perlu dibedah kerana biasanya fibroid yang kecil akan mencerut dengan sendiri ketika seseorang wanita itu putus haid. Seperti yang saya nyatakan di atas, ketumbuhan fibroid adalah dipengaruhi oleh estrogen.  Ketika seseorang wanita itu putus haid paras estrogen akan jatuh ke tahap yang  sangat rendah. Dengan sendirinya rahim akan menguncup dan ketumbuhan fibroid juga akan mencerut.

Gangguan Haid

Saya telah nyatakan di atas bahawa tanda yang paling biasa bagi ketumbuhan fibroid ialah gangguan haid. Dan antara gangguan-gangguaan yang boleh menjejaskan kesihatan ialah pendarahan yang banyak serta berpanjangan. Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan darah yang begitu banyak lalu wanita itu mengalami kekurangan darah (anemia). Keadaan ini boleh membahayakan kesihatannya.
        
Bagi wanita yang mengalami pendarahan yang banyak dan berketul-ketul pula, eloklah mereka diperiksa. Jika didapati menghidap penyakit fibroid rawatannya ialah pembedahan. Walau bagaimanapun, gangguan haid jenis ini ialah sakit ketika haid (senggugut) dan juga haid yang tidak teratur, hanya menitis sedikit-sedikit sahaja, tidak tentu waktunya. Setiap wanita, khususnya mereka berumur 40an yang mengalami masalah gangguan haid mestilah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor khususnya doktor pakar sakit puan.
 
 
Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan
 
Fibroid boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan dalam kalangan wanita. Oleh itu, wanita yang lambat berkahwin ataupun setelah beberapa tahun kahwin dan tidak mendapat anak, perlulah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar untuk mengesan sama ada dia mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim atau tidak. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung. Ramai juga wanita yang mempunyai fibroid masih boleh mengandung.
 
Tetapi, di antara masalah-masalah yang boleh timbul akibat ketumbuhan fibroid terhadap kehamilan ialah ketumbuhan itu jika besar boleh menyebabkan keguguran ataupun kelahiran sebelum cukup bulan. Kadangkala ia menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak betul seperti songsang, melintang atau sebagainya.  Adakalanya ia menyekat kelahiran bayi kerana ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga punggung. Wanita yang mengandung dengan fibroid kadangkala mengalami kesakitan kerana fibroid ini menjadi tegang dan tertekan. Di samping itu, ia mengalami proses perubahan yang dinamakan degenerasi. Inilah yang menyebabkan kesakitan bagi wanita yang mengandung dengan fibroid pada rahim.
 
 
Fibroid boleh Menekan Pundi-pundi Air Kencing

Pundi-pundi air kencing terletak sebelah-menyebelah dengan rahim, iaitu pundi-pundi air kencing terletak di hadapan rahim. Oleh itu, jika ada sesuatu ketumbuhan, maka pundi-pundi air kencing akan tertekan. Ketika seseorang wanita hamil, pundi-pundi air kencing juga tertekan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman. Akibatnya seseorang wanita itu sering mengalami masalah kencing seperti kerapkali hendak kencing, tidak boleh menahan kencing. Kadangkala  wanita juga tidak boleh mengawal pekencingan apabila dia batuk dan/atau bersin disebabkan tekanan ketumbuhan fibroid ke atas pundi-pundi air kencing. Wanita dalam umur 40an yang mengalami masalah pekencingan eloklah juga diperiksa peranakannya. Kemungkinan ini disebabkan oleh ketumbuhan fibroid.
 
 
Fibroid dan Kekenduran Rahim (Prolaps)
 
Fibroid kadangkala menyebabkan prolaps atau kekenduran pada rahim. Bagi wanita yang telah putus haid dan mengalami kekenduran rahim selepas berulang-ulang melahirkan anak, khususnya mereka yang sukar untuk melahirkan anak, mereka perlu dibantu dengan alat seperti forseps atau vakum. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika ada ketumbuhan fibroid. Dalam hal demikian, rawatan sewajarnya ialah pembedahan.
 

Mulakan Sarapan dengan Air Lemon

Air bersih dan lemon segar yang diperah merupakan salah satu penggalak tenaga bersih yang paling baik 

 
Kebanyakan orang bergantung pada minuman berkafein seperti kopi untuk mendapatkan tenaga pada waktu pagi. Kopi adalah perangsang adrenal lalu boleh menghasilkan tenaga tetapi kotor kerana datang dalam bentuk gula dalam darah dan tekanan oksidatif. Malangnya, kopi juga adalah diuretik. Ia menghakis badan anda daripada rizab air dan mineral serta elektrolit seperti natrium, kalium, kalsium, dan magnesium.

Orang ramai merasa bertenaga setelah minum kopi disebabkan kesan kafein pada kelenjar adrenal. Kopi merangsang organ-organ ini untuk mengepam hormon adrenalin dan norepinephrine. Hormon-hormon ini merangsang badan untuk memecah gula simpananan dan melepaskannya ke dalam aliran darah. Proses ini menyebabkan gula darah yang tidak normal lalu meningkatkan tekanan oksidatif, pembentukan radikal bebas dan kerosakan tisu secara keseluruhan.

Makanan dan minuman yang kita makan memberikan caj elektrik yang memulakan pengeluaran tenaga dalam badan kita. Ion adalah sebahagian daripada molekul yang membawa caj elektrik. Ion yang bercaj positif dipanggil "kation," manakala ion yang bercaj negatif dipanggil "ion negatif."

Kebanyakan makanan yang kita ambil adalah dalam bentuk yang kationik, manakala proses pencernaan semulajadi (asid hidroklorik, enzim penghadaman, air liur) adalah anion. Lemon adalah satu-satunya makanan anion. Ini bermakna bahawa ia membawa caj negatif yang sangat kuat dan amat aktif.

Lemon segar membantu mengoksidasi badan dan memaksimumkan fungsi enzim. Lemon dikenali untuk merangsang enzim semulajadi dalam hati/liver. Ia membantu hati dalam proses pembuangan toksin seperti asid urik dan membersihkan salur hempedu. Sila baca artikel berbahasa Inggeris di bawah :

The lemon detox diet

(NaturalNews) Ever since Beyonce Knowles was associated with the Lemon Detox diet, there has been a surge of interest in this particular program. Also known as the Master Cleanse, this detox diet has been around for almost 50 years and has seen variations on its recipe and program. It's effectivity in breaking down built up toxins in the body while contributing to short term weight loss has made it a popular option for a spring detox.


How to do the Master Cleanse

The Lemon Detox diet is a cleansing program and encourages only the intake of lemonade made from the following ingredients: lemons, pure maple syrup, cayenne pepper and water for a minimum of ten days only.

To create the mixture, mix the ingredients in the amount instructed by Burroughs and drink a minimum of at least six to twelve glasses of the concoction daily through out the day. Drink the lemonade whenever hunger pangs strike.

A laxative must be taken in the morning and then in the evening. Using a salt water flush instead of a morning laxative can also be availed of instead. However, be sure to observe at least three bowel movements in a day. This will ensure that the waste accumulated in the intestinal walls is totally removed.

Always enjoy the Master Cleanse lemonade drink fresh and do not subject it to microwave as doing so will minimize its effectiveness. For each successful day, the psychological need to eat is slowly overcome full, providing confidence and a sense of control that motivates the person undergoing the diet.

Breaking the Master Cleanse is just as critical as starting it. On day one coming off the fast, immediately after the end of the master cleanse, slowly introduce orange juice into the diet. Day two will see the introduction of vegetable soups and broths. Day three observe a diet of fruits and vegetables. Be careful not to overeat or eat too soon and drink plenty of water. Slowly ease your self to a normal diet and avoid meat, fish, milk and eggs.

After undergoing the Master Cleanse, it is advisable to eat wisely. The gains derived from the Master Cleanse diet will surely be a powerful foundation to change old habits and start a life free from disease.

The lemonade recipe

The original recipe by Stanley Burroughs produced fantastic results for almost 50 years. However, some have been promoting alterations of the original recipe. The problem with this arrangement is that they are done without understanding why the original ingredients work. Since the Master Cleanse is essentially a juice fast, adding shakes, cayenne pepper capsules or protein powder in an attempt to improve its efficacy is self defeating because it reduces the efficacy of the diet.

The purpose of the program is to give the digestive tract a ten day vacation, so adding things to be digested does not contribute to the objective of the diet. Stanley Burroughs in fact discourages the intake of supplements and vitamins during the program because it interferes with the body's elimination system. Furthermore, the natural sources of vitamins and minerals already found in lemon and the maple syrup already provide for the body's needs during the detox program.

Other alterations include mistakes in the ratio of water through modification of the original recipe and dilution. This modification defeats the purpose of the minimum 6 drinks a day because it is more than the amount of water required. It is best to remember that variations on the process and especially in the recipe will not produce the results that originally worked for the many that faithfully followed the original Master Cleanse program and lemonade recipe.

This is the classic single serve recipe provided in Stanley Burrough's book :

2 (tbs). of lemon or lime

2 (tbs). of genuine maple syrup

1/10 tsp cayenne pepper

10 oz. water (hot or cold as preferred)

For those who cannot enjoy their lemonade, Tom offers this alternative :

1. Mix equal parts of lemon juice and maple syrup as a concentrate in a dark container. Keep this mixture cool.

2. Make enough concentrate for as long as you are incapable of making the fresh lemonade juice.

3. Every time you want a glass of lemonade, measure 4 tbs. of this mixture in a glass.

4. Add water and cayenne pepper, stir and drink. The maple syrup preserves the lemon juice and prevents oxidation of the vitamin C and enzymes.

Tom Woloshyn fondly recalled Stanley Burrough's remarks. He was said to have repeated many times over a phrase most technical people use when instructing frustrated customers, "When all else fails, follow the instructions." In order to ensure success and experience the benefits of the Master Cleanse Detox diet, it is essential to understand how to do the program properly. Faithfully following what has been prescribed is the first step in this direction.

Sources for this article:

 

KHASIAT LIMAU/LEMON

 

1. Lemons Fight Acne

Want healthy and glowing skin? The citric acid and vitamin C help heal acne and remove blackheads. They also contain antibacterial and anti-fungal elements that act as a natural remedy to treat acne. All you have to do is slice a lemon and rub it on your face! Add a few drops of honey to a lemon half on blackhead areas before you rinse off with cold water.

 

2. No More Chapped Lips (or Canker Sores)!

Lemons are an excellent exfoliant for soothing dry, chapped lips. Incorporate lemons into your bedtime beauty routine by slicing a lemon, rubbing it on your lips and rinsing off the next morning. The juice gets rid of any dead skin cells and removes canker sores, too!

 

3. Lemons Reduce Fevers and Sore Throats

Whatever caused your fever, lemons are there as a natural remedy to reduce the numbers. Slice a wedge or juice one lemon into a cup of hot water with honey. For sore throats, add the juice of one lemon and one teaspoon of sea salt to a cup of lukewarm water. Gargle three times a day. To add more of a health boost, add grated ginger.

 

4. Eczema? Dry Scalps?

If you’re suffering from eczema, add 8 drops of lemon essential oil to one cup of lukewarm water and one tablespoon of honey. Because honey has anti-inflammatory properties, the honey and lemon combined makes the healing all the more effective. Soak a cloth in the liquid, squeeze out the excess and place the cloth on the infected area for 15 minutes.

Lemons are also commonly used natural home remedies for dry scalps and dandruff. Squeeze one lemon and mix some honey. Massage the mixture into your scalp for a few minutes and rinse away.

 

5. Lose Weight

It’s true, drinking lemon water helps speed up your weight loss with other healthy benefits. It flushes out the toxins in your body and cleanses out your colon. Drinking lemon water reduces hunger cravings and doesn’t add any calories to your body.

 

Best Detox Foods You Should Start Eating

 

As all of us known, water pollution, air pollution and soil pollution are the three main pollutions which can lead to toxicity within our bodies, and the unhealthy junk food and drinks we consume put a lot of load in our bodies too. All of these may cause serious physical and mental issues.

A high level of toxins in the body can lead to several diseases :

-Fatigue and weakness
-Digestive problems
-Headaches
-Skin issues
-Muscle and joint pain
-Infections
-Cancers

So it’s essential that we understand the importance of detox. Detoxification protects you from diseases caused by the toxins and promotes overall health. There are lots of ways to maintain a clean balance such as exercise regularly, quit some bad habits (including drinking and smoking) and make healthier choices in foods. You can do it simply by eating the right foods. Here are some foods you can eat to cleanse your body :

  • Avocados

This is such a great food for you to eat because avocado is packed with antioxidants, including glutathione, which detoxes your body by transporting the harmful chemicals and toxins outside of it. Plus, its fiber content (one medium avocado contains around 10g) helps in detoxification.

  • Garlic

Using garlic for detoxing the body is an ancient practice, the high quantities of sulfur in garlic makes it an excellent detox food. Sulfur promotes detoxification by increasing production of glutathione, which helps filter toxins and harmful chemicals outside from the digestive system. Some other foods with rich sulfur include eggs, beverages, onions and nuts. This mineral helps fight harmful bacteria and yeast in the intestines as well.

  • Cabbage

Cabbage is another affordable great food for detoxing. It’s filled with sulfur too, as well as glucosinolates, which is essential to break the harmful chemicals and toxins and clean them from your body. This super vegetable also provides rich fiber to aid in the digestion process and regulates bowel movements which helps your body get rid of the toxins.

  • Green tea

Green tea is being considered as the least processed tea and thus provides the most antioxidant polyphenols, notably a catechin called epigallocatechin-3-gallate (EGCG), which can help the body get rid of free radicals effectively. And the antioxidants improve liver functions too, which is essential for detoxification.

  • Broccoli

Broccoli, this super cruciferous vegetable contains more calcium than a glass of milk and has more vitamin C than an orange. In addition to the minerals and vitamins, it’s full of antioxidants, which can cleanse your body, specifically works with the enzymes in your liver to turn toxins into something your body can eliminate easily. So try to add broccoli into your plate, and for higher level of nutrients and better health value, choose raw broccoli. Remember, don’t microwave it as this may destroy its detox potential.

  • Beets

It’s important to make sure that the harmful chemicals and toxins you’re getting out to actually make it out of your body when you’re detoxing. Beets can do this because they can boost the body’s cellular intake of oxygen and they are enriched in betaine and pectin, which protect your digestive system and the liver to cleanse the body.

 

Makanan Untuk Kawal Darah Tinggi

 

 

Darah tinggi merupakan penyakit yang sering melanda ramai orang bila mencapai umur 50an. Sering ia menyerang penghidap penyakit kencing manis, orang gemuk/obes, mereka yang pernah menghidap penyakit buah pinggang, mereka yang terdedah kepada stres fizikal dan mental dalam kerja juga mereka yang mempunyai tahap kolesterol tinggi dalam darah.

Jika tidak terkawal darah tinggi bolih meyebabkan serangan jantung/heart attack, strok/angin akhmar dan kidney failure/kegagalan fungsi buah pinggang. Sangat penting penghidap mendapat rawatan dan pemantauan daripada doktor. Sekarang ini terdapat alat-alat elektronik pengukur tekanan darah yang mudah dibeli dari farmasi dan mudah diguna sendiri untuk memantau tahap tekanan darah di rumah dan pada bila-bila masa.

Selain menggunakan ubat-ubat khas, tekanan darah tinggi boleh juga dikawal dengan memilih makanan-makanan yang sesuai, melakukan senaman 30 minit setiap hari dan juga mengamalkan kaedah-kaedah relaksasi. 

 

Apa  jenis makanan yang sesuai untuk kawal tekanan darah tinggi?

 

1, Garam sodium yang berlebihan dalam makanan boleh meningkatkan tekanan darah, sedangkan logam potassium boleh bertindak menurunkan tekanan darah. Makanan segera dan dipekej mengandungi banyak garam sodium. Sedangkan buah-buahan dan sayur-sayuan banyak mengandungi potassium.

2 Buah-buahan yang mengandungi logam potassium ialah mangga, betik, tembikai, pisang, oren, delima, avacado dan kurma.

Sayur-sayuran yang tinggi kandungan potassium ialah bayam, keledek merah, cekur manis, pucuk paku, celery (saderi), cauliflower, broccoli, timun dan asparagus.

3. Minum air mineral atau air suam sebanyak yang boleh, dicadangkan 15 gelas air setiap hari. Air melembutkan dinding saluran darah yang menjadi tegang dan keras pada penghidap darah tinggi.

4. Bawang putih dan merah telah dibuktikan dalam banyak penyelidikan berupaya menurunkan tekanan darah tinggi. Bawang juga menurunkan tahap kolesterol dalam darah. Ia juga membersihkan dinding saluran darah daripada atherosclerosis. Di samping itu bawang meningkatkan ketahanan atau imuniti badan bagi menangkis serangan penyakit. Disyorkan makan mentah setengah jam selepas dihiris.

5. Buah atau sayur tomato, lobak dan saderi mengadungi bahan-bahan antioksidan dan lain-lain unsur yang boleh menurunkan tekanan darah tinggi, mencegah kanser dan lain-lain penyakit. Disyorkan makan mentah atau dibuat jus untuk diminum setiap hari.

6. Kurangkan makanan yang banyak mengandungi lemak polysaturated. Lemak ini bayak terkandung dalam daging kambing, lembu dan ayam. Minyak kelapa dara /VCO dan virgin olive oil diminum satu sudu setiap hari dikatakan boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

 

Produk-produk Halal

Produk Altenatif Buatan Muslim  - Pengguna Muslim di Malaysia disarankan guna produk yang tersenarqai di bawah :

 

PRODUK MAKANAN (MAKANAN, MINUMAN DAN LAIN-LAIN)

1. Adabi

2. Rasamas

3. Brahim's

4. Saji

5. Gardenia

6. Faeza

7. Wahdi

8. Nafa

9. Ayamas

10. Kipas udang

13. Tamin

14. Jalen

15. Agromas

16. Ramly

17. Adela

 

➖➖➖➖➖➖➖➖➖

 

1. Roti – Gardenia (Syed Mokhtar Bukhary)

2. Minyak Masak -Tiara (FGV-FELDA)

                          - SAJI (FGV-FELDA) 

                          - ALIF (Sime Darby)

                          - ADELA (FGV-FELDA)

3. Susu Pekat Manis – SAJI (FGV-FELDA)

                                - ALIF (Sime Darby)

4. Susu Cair – Saji (FGV-FELDA)

5. Mee Segera – SajiMee Saji (FGV-FELDA)

                      - ADABI

6. Beras – FAEZA

              - Langsat Biru (JUARA SELERA –SG ACEH)

              - Langsat Hijau (JUARA SELERA)

              - Juara Selera

7. Garam – HALAGEL (garam bukit)

8. Kicap Masin/Manis – Kipas Udang

                                  - Tamin

                                  - ALIF (Sime Darby)

                                  - Rohaya

                                  - JALEN (Johor)

9. Sos Cili/Tomato/Tiram – ZUZA (Kedah)

                                         - Rohaya

                                         - ADABI

                                         - Pelangi (FELDA)

10. Cuka Buatan – Mudim

                          - Rohaya

11. Tepung Gandum – FAEZA

12. Tepung Perasa/ Goreng – ADABI (tepun ayam)

                                            - ADABI (tepung Cucur Ikan Bilis, jagung, udang

13. Rempah Masak – ADABI, Brahim’s, FAEZA, AGROMAS, Imans

14. Kunyit – AGROMAS

15. Jagung Tin manis – ADABI

16. Pasta spaghetti – ADABI

17. Santan Paket – ALIF (Sime darby)

18. Taucu – JALEN, Tamin

19. Jus Pekat Buah-buahan – Tamin

20. Perasa Ros Sirap – Rohaya, Tamin

21. Mayonis -Mayo Saji (FELDA)

22. Marjerin – Pelangi Delima Oil (FELDA)

23. Sos Tomato Pelangi (FELDA)

24. Jem – Peanut SunBear (FELDA)

     Jem Strwaberry – AGROMAS

25. Kopi 3-in-1 – ADABI

     Tongkat Ali Cordyceps (5-in-1)

      Kopi HANG TUAH (2-in1, 2-in-1)

26. Biskut Coklat – GOODKISS (Noraini’s Cookies)

27. Frozen Daging Burger/ Nugget – RAMLY, NAFAS, AYAMAS

28. Sardin Agromas

29. Sardin Pertima

30. Bihun Sufi

31. Mi Kuning Sufi

32. Kuey Teow Sufi

33. Garam Sufi

34. Sos Lada Hitam Sufi

35. Sos Cili/Tomato Sufi

36. Kicap Masin/Manis Sufi

37. Tepung Goreng Sufi

38. Minyak Masak Sufi

39. Telur Cap Sufi

40. Ubat gigi Najwa

41. Ubat gigi Halagel

42. Tepung gandum Cap Bidara/Faeza

43. Jus minuman Safina

44. Syampoo D’herbs

45. Bihun Kampung

46. Rempah- Imans

47. Rempah-Brahim’s

48. Bihun- FAEZA

49. Jeruk Buah-buahan- jenama PAK ALI

50. Kuah Rojak/Garam Belacan – ZUZA, PAK ALI, FAMA

51. Cili sos - Jalen, lagi sedap dan lagi murah

 

PRODUK MANDIAN DAN KEMASAN DIRI (SABUN, SYAMPO, LOSYEN DAN LAIN-LAIN) :

 

1. Halalgel

2. Sabun Taharah

3. Sufi

4. HPA

5. Sunbear

6. Sendayu Tinggi

7. Simply Siti

8. Walit Set

9. Sf Beauty

10. Purich

11. Secret Garden

12. Dherbs

13. Kedai Sukan – ALIKHSAN

 

PRODUK HIASAN DIRI (BAG, BAJU, GELANG, CINCIN DAN LAIN-LAIN) :

 

1. Habib Jewel

2. K M Oli Muhammad

3. Emas Kelantan

 

PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN (BAS EKSPRES DAN LAIN-LAIN):

 

1. Transnasional

2. MARA Liner (MARA)

3. COSMIC

4. SANI Ekspres

5. ETIKA

6. JELITA (Jelita Transtours)

7. Pancaran Matahari

8. Durian Burung

9. Ekspres Perdana

10. AB Ekspres

11. Mutiara Ekspres

12. Mahligai Ekspres

13. Shamisha Ekspres

14. Utama Ekspress

 

DIAPERS/LAMPIN BAYI ATAU BUDAK :

 

1. LOLLA'S

 

TISU :

 

1. PREMIER

2. Royal Gold

 

Nota : Jenama 'SAFI' bukan buatan Muslim

 

(Sumber : Group Whatsapp Rakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia [PPIM]). Dikemaskinikan daripada semasa ke semasa)

 

Comments

03.07.2021 12:22

Fieza

Saya Ada fibroid Dalam Rahim .. boleh dapatkn no wasap doktor atau alamat kat mna saya nk datang buat medical check..