Khatan bayi lelaki

 

 

Khatan bayi lelaki

 

Banyak faedah khatankan bayi lelaki 

Diantaranya ia bolih mencegah dari jangkitan kuman dalam saluran perkencingan dan buah zakar waktu zaman kanak2 yang mana kesan jangka panjang bolih menyebabakan kemandulan lelaki. Berkhatan juga dikatakan bolih mencegah tersebarnya kuman virus AIDS yang sering bertumpu pada kulit zakar (prepuce).

Juga dipercayai kotoran tahi pilat pada zakar lelaki yang tidak berkahatan adalah salah satu punca terjadinya kanser pangkal rahim dikalangan isteri mereka.

Waktu bayi baru lahir, prosedur berkahatn mudah dilakukan dan jangka tempoh sembuh pun cepat, antara 5-7 hari sahaja. Jagaan lepas khatan juga sangat mudah tanpa keperluan khusus.

SILA HUBUNGI WHATSAPP 01137349798 

 PERTANYAAN KEPADA PUAN SURIANI 03 20941115 PADA WAKTU PEJABAT 

 

Prosedur berkhatan bayi lelaki


1. Bayi dibersihkam dengan antiseptik pada kasasan kemaluanynya
2. Suntikan local anesthetic pada pangkal zakar untuk bius zakar, sering bayi menangis bila kena suntik bius. Tunggu 5 minit untuk bius berkesan.
3.Teknik khatan adalah mudah, saya gunakan alat Plastibel. (lihat gambar dibawah)
4. Kulit prepuce diguntung sedikit sehingga takuk kepala zakar.
5. Kulit dipisahkan dari kepala zakar dan tahi pilat dibersihkan.
6. Plastibel disarongkan pada kepala zakar, ada banyak saiz plastibel ikut saiz kepala zakar, penting untuk pileh saiz yang tepat supaya 'fitting'
7. Ikat dengan benang diluar kulit ikut jalur pada plastibel untuk kawal perdarahan. Penting untuk ikat kuat agar tidak terlucut.
8. Kulit prepuce digunting dan dibuang. Handle pada plastibel dipatahkan dan terdapat lubang kecil dimuncung plastibel untuk saluran air kencing bayi.
9. Tiada jagaan istimewa, jika bayi meragam pada malam pertama beri syrup panadol ikut arahan. Bila kencing atau berak dan perlu tukar lampin, bersihkan zakar saperti biasa dan pakaikan lampin baru.
10. Plastibel dan benangnya akan tanggal sendiri dalam tempoh 5-7 hari dan luka akan kering dengan sendiri.

BINA OTAK JANIN

Penting untuk kita memahami pertumbuhan otak dan saraf janin serta pekembangan 5 panca indera sensori ketika dalam rahim. Lima panca indera iaitu, pendengaran, penglihatan, sentuhan, bauan dan rasa mula terbentuk secara berperingkat. Tiga panca indera iaitu pendengaran, penglihatan dan sentuhan boleh dirangsang  sejak dalam rahim.

Daripada minggu ke 6 otak bayi sudah tumbuh dan menunjukkan ia sudah mula berfungsi dengan  membengkokkan tubuh (curling).  Pada minggu ke 13 terbit berbagai jenis pergerakan seperti tendang, menelan air ketuban, hisap jari, sedu dan lain-lain tetapi ibu belum merasai sehingga 18 - 20 kehamilan.

Minggu ke 7 kehamilan - Janin tumbuh receptor sentuhan pada bibir mulut dan muka. Proses ini berterusan ke semua bahagian badan hingga akhir kandungan. 

Minggu ke 13 - Hidung bayi mula dibentuk

Minggu 13–15 - Deria rasa mula terbentuk dan bayi lebih menelan air ketuban jika ia lebih manis sebab ibu makan lebih gula.

Minggu 18-20  - Otak bayi dan pendegaran mula membentuk. Ia mendengar denyut jantung dan suara ibu serta bunyi aliran darah ibu.

Minggu 25 - Telinga bayi lengkap pembentukan. Mendengar suara ibu dengan jelas. Suara bapa boleh didengar jika kuat. Mula terkejut /startle jika ada bunyi kuat dan bising. Minggu ke-27 semua lengkap.

Minggu 26 - Mata bayi mula berkelip dan pada minggu ke-33 boleh melihat samar dan boleh memberikan tindak balas kepada suluhan lampu picit.

Minggu ke 28 - Bayi membentuk deria rasa dan bauan. Ia mula respon dengan keadaan dalam air ketuban. Menelan air ketuban sebanyak satu liter sehari. Deria bauan dan rasa penting untuk mengesan susu ibu nanti.

Minggu ke 32 - Deria sentuhan sudah lengkap dan mula jadi sensitif kepada kesakitan dan perubahan suhu.

Otak dan Panca Indera Sensori

Ibu-ibu hamil yang riang dan ceria menghasilkan bayi yang sihat, gembira dan menurut fitrah. Sedangkan ibu yang murung, stres dan bersedih akan menghasilkan bayi yang cemek, sering menangis dan sukar tidur. Ini adalah pengaruh hormon stres iaitu cortisol yang meningkat. Jika berterusan daripada awal hingga akhir kehamilan ia boleh menyebabkan bayi kecil dan ringan timbang berat ketika lahir

Banyakkan membaca Quran, berzikir dan solat serta lakukan prenatal exercise sebagai langkah untuk relaks dan bertenang fikiran. Peranan suami amat penting dalam hal ini.

Daripada 5 panca indera sensori hanya 3 sahaja iaitu pendengaran, penglihatan dan sentuhan yang sangat penting dirangsang. Ibu boleh lakukan bila-bila masa lapang, dan lakukan bersama suami waktu malam sebelum tidur, ketika mana bayi paling aktif.

 

Merangsang Pendengaran

Setelah ditiupkan roh antara 16 hingga 20 minggu kehamilan deria pendengaran mula terbentuk. Bayi dapat mendengar suara ibu dan 2 bulan terakhir kehamilan adalah terbaik. Baca Quran, berzikir dan berselawat dengan berlagu serta berirama dan dengan nada serta suara yang kuat supaya dapat didengar oleh bayi. Suara ibu yang paling jelas didengar bayi dalam rahim. Suara bapa dapat didengar dalam jarak dekat. Kajian menunjukkan bayi mengawal daripada menelan air ketuban bila mendengar suara ibu. Memainkan musik klasikal yang berentak lembut dan menenangkan melalui earphone yang diletakkan pada perut ibu ketika ibu sedang berehat merupakan satu kaedah rangsangan yang berkesan. Selain daripada lagu, rakaman bacaan Quran, zikir, nasyid dan selawat boleh dimainkan.

Kedua ibu dan bapa digalakkan bercakap dan menyanyi atau membacakan cerita kanak-kanak khususnya dalam 2 bulan terakhir kehamilan. Bayi dapat mengecam suara ibu dan bapa selepas lahir dan jika nyanyian diulang semula ia boleh mententeramkan bayi yang menangis.

Para ibu dan bapa perlu belajar dan menghafal bacaan zikir dan selawat berlagu.

 

Rangsangan Sentuhan

Sentuhan dengan tangan ibu dan bapa pada perut adalah cara berkesan merangsang otak bayi dalam rahim. Gunakan minyak zaitun , kelapa dara atau minyak bijan untuk melicinkan sentuhan disamping memberi kesan baik terhadap kulit ibu dan boleh mengurangkan pecah kulit atau striae gravidarum.

Sentuhan diperbanyakkan dalam 3 bulan terakhir kehamilan khususnya pada waktu malam apabila bayi dikatakan palling aktif. Sering bayi akan responsif dengan gerakan atau tendangan yang boleh dirasai pada tangan.

 

Rangsangan Penglihatan

Rangsangan penglihatan lebih sesuai dalam 2 bulan terakhir dengan menggunakan lampu picit /torch light dan dilakukan pada waktu malam ketika bayi aktif. Suluhkan lampu ke arah perut ibu dan kalau boleh dalam suasana malap atau gelap, ulang sebanyak 10 kali . Bayi akan responsif dengan pergerakan atau tendangan yang boleh dirasai dan kadangkala dapat dilihat pada perut ibu.

 

Mengapa perlu rangsangan dalam rahim?

Otak bayi tumbuh secara terus menerus daripada mula pembentukan janin - daripada alaqah terus jadi mughdah sehingga menjadi bayi yang cukup sifat  dengan organ yang matang bersedia berfungsi pada kehamilan 37-40 minggu.

Sel-sel otak iaitu neuron berjumlah berbillion , rangsangan akan mencambahkan pertumbuhan dendrites yang menyambungkan satu sel dengan yang lain. Dan juga meningkatkan pertumbuhan myelin sheath yang disalutkan pada dendrites menjadikan ia sangat berkesan menyalurkan maklumat antara sel-sel otak.

Amalan merangsang bayi dalam rahim boleh merapatkan hubungan dan kemesraan antara ibu dan bapa dengan bayi. Apabila lahir kelak ia akan mendengar suara-suara yang 'familiar' dan sering didengari dan seterusnya menjadikan dia lebih selesa.

 

 Merangsang Bayi Baru Lahir

 

Rangsang Sensori Prenatal

Menyambut Kelahiran Bayi

Kelahiran bayi adalah  satu peristiwa amat penting bagi bayi tersebut dan ibu bapa serta keluarga terdekat. Setelah menunggu selama 9 bulan 7 hari dan setelah berjam-jam lamanya menahan kesakitan, si ibu akan berasa sangat lega dan gembira pada saat bayinya dilahirkan. 

Banyak amalan dan tabiat tradisional yang dikaitkan dan jagaan bayi baru lahir dan ibu pada waktu postpartum. Banyak yang baik dan patut diikuti tetapi ada juga yang kurang sesuai dalam keadaan sekarang. Ibu bapa baru patut mengisi ilmu dan dapatkan kemahiran dalam cara gaya keibubapaan.

1. Ketika lahir azankan pada telinga kanan dan aqamat pada telinga kiri. Sebaiknya dilakukan oleh bapa bayi yang sepatutnya hadir pada saat kelahiran.

Pesan kepada doktor yang menyambut kelahiran untuk melaungkan azan dan aqamat sekiranya si bapa tidak dapat hadir.

2. Setelah dibersihkan dan diselimutkan bayi terus diberikan kepada ibu untuk cuba menghisap puting susu ibu. Ini penting untuk mencetuskan milk let down reflex dan seterusnya menggalakkan pengeluaran susu ibu. Jangan dipisahkan daripada ibunya terlalu lama walaupun ibu dalam kepenatan dan keletihan.

3. Jangan dibedung  kerana ini menyekat pergerakan bayi dan seterusnya menyekat rangsangan otak bayi. Saya akan bincang tentang ini kemudian. Pakaikan baju yang menutup seluruh tubuh seperti gambar di atas.

4. Tidurkan bayi dalam keadaan meniarap walaupun belum tanggal pusat yang boleh dilindungi dengan pakai barut. Ini untuk merangsang pergerakan tangan dan kaki dan mempercepatkan bayi merangkak. Tentukan tidak guna alas kain kerana boleh menyekat pernafasan.

Jabal Nur ada bina crawling track untuk bayi tidur dengan selamat seraya merangsang otak melalui pergerakan merangkak.

5. Aqiqah, cukur rambut dan beri nama seminggu lepas lahir seperti yang disarankan oleh sunnah rasul.

6.  Khatankan bayi lelaki secepat mungkin sebaiknya sebelum tiga bulan. Saya gunakan teknik khatan bayi lelaki dengan guna alat Plastibell. Cepat sembuh dalam jangka masa 5-7 hari. 

Bayi perempuan juga boleh dikhatankan awal. Saya hanya gunting secebis kecil kulit kemaluan tanpa meninggalkan parut. Ini juga mengikut sunnah rasul.

7. Massaging/ urut bayi lepas mandi atau lepas bersihkan badan. Guna minyak zaitun, bijan atau grapeseed oil. Mulakan daripada awal kerana ia merupakan satu kaedah rangsangan sentuhan. Urut perlahan-lahan di seluruh badan, muka, kepala,,tangan dan kaki. Ia memperbaiki kemahiran bertutur bila besar kelak..

8. Ibu digalakkan menyanyi, selawat berlagu dan zikir waktu membersihkan bayi, mandikan, mengurut dan tukar lampin. Digalakkan bercakap-cakap dan mengagah bayi pada waktu-waktu tersebut.

Setiap kaedah rangsangan akan dihuraikan dengan lebih mendalam kemudian.

 

 

Letakkan bayi pada puting susu secepat mungkin

Makanan terbaik untuk bayi adalah susu ibu. Setiap ibu perlu buat persediaan, bersihkan puting . Seperti pada waktu hamil makanan berkhasiat dan berzat penting pada waktu pantang dan seterusnya. Multivitamins, zat logam dan kalsium serta fish oil perlu diteruskan, malah dengan dos berganda untuk meningkatkan kualiti susu ibu. Ibu imam Bukhari akan ambil wudhu sebelum menyusukan. Imam Bukhari hafal quran pada umur 7 tahun.

 

 

Massage/urut bayi selepas mandi penting sebagai rangsangan sentuhan

Gunakan minyak zaitun, bijan atau kelapa dara ketika mengurut dan merangsang kulit bayi sambil menyanyi atau membacakan Quran, zikir atau selawat. Sentuhan merangsang pertumbuhan dendrites dan selaput myelin pada jutaan sel otak bayi. Ini salah satu kaedah membina sensory superhighway dalam otak.

 

Khatan bayi lelaki secepat mungkin

Dengan alat Plastibell kaedah khatan bayi lelaki menjadi mudah dan cepat sembuh. Kulit bayi masih lembut. Bayi menangis sekejap waktu bius lokal diberikan. Plastic bell dan benang pengikat akan tanggal dengan sendiri lepas 5-7 hari dan parutnya kelihatan kemas dan cantik. Sila hubungi telefon 03 20941115 untuk buat temu janji.

 

Kelahiran

Sejak lahir hingga umur 6 tahun,  bayi sentiasa bersedia menerima pembelajaran dengan mudah lagi berkesan. Bayi boleh menerima ilmu dan pengetahuan setiap detik dengan tiada halangan atau rungutan, jika diasuh dengan keceriaan dan kegembiraan, penuh kasih sayang serta penuh perhatian. Tiada masa lain yang mempunyai lebih impak untuk meningkatkan kemampuan otak bayi melainkan tiga tahun pertama umur anak.

Pembelajaran adalah amalan seumur hidup, tetapi peluang terbaik untuk pengekalan pertumbuhan sel-sel otak serta pembelajaran yang menakjubkan berlaku dalam tahun pertama kehidupan bayi. Inilah masa mulanya 'peledakkan' pertumbuhan otak dan pembelajaran bagi manusia.

Otak terus membesar dengan pantas dan ini boleh dilihat daripada pembesaran lilitan kepala bayi. Waktu dilahirkan lilitan kepala bayi ialah 1/k 35 cm. Dua tahun setengah kemudian bertambah 1/k 15 cm. Daripada 2.5 tahun hingga dewasa ia hanya bertambah 1/k 5 cm dan kebanyakkannya membesar sebelum 6 tahun.

Otak bayi mempunyai 100 billion sel neuron yang sedia menunggu rangsangan untuk mengukuhkan jaringan fungsi otak dan seterusnya membolehkan peningkatan kecekapan melihat, kecekapan mendengar dan kecekapan sentuhan. Sel-sel otak juga menunggu untuk mendapat peluang untuk memantapkan gerakkan (mobility), melancarkan pertuturan bahasa (language) dan meningkatkan kecekapan pengguaan jari-jari tangan (manual skill).

Setiap bayi memang mempunyai fungsi asas sewaktu dilahirkan. Tetapi mereka perlu rangsangan sensori dan peluang menggerakkan motor untuk meningkatkan fungsi tersebut dan terus mengkukuhkan asosiasi antara satu sama lain.

Setiap sentuhan objek atau rangsangan lain yang diterima melalui kelima-lima lebuh raya pancaindera akan memberi makna kepada bayi. Setiap kali insiden tersebut berlaku, satu proses pembelajaran telah berlaku kepada bayi.

Lebuh raya sensori akan membekalkan informasi ke ruang sensori utama untuk diertikan, ke ruang asosiasi dan ruang ingatan juga perancangan untuk seterusnya mengeluarkan sesuatu tindakan. Ini adalah putaran yang ajaib untuk mengukuhkan pembelajaran.

Setiap otak bayi akan melalui 3 proses semula jadi yang penting iaitu ;

Pencatasan atau pruning

Pembelajaran

Pengukuhan proses myelination.

Hanya sel-sel otak yang digunakan dan dirangsang dengan kekerapan, intensiti dan tempoh masa yang secukupnya pada awal pertumbuhan boleh mengukuhkan dan menjadi jaringan (circuits) neuro yang kekal. Yang kurang digunakan akan tercantas dan hapus begitu sahaja.

Ibu Bapa Pembina Intelek Anak

Setelah memeriksa bayi secara kasar dan tiada tanda-tanda kecacatan pada tubuhnya sangat penting untuk menentukan fungsi otak bayi juga normal. Biasanya jika ia lahir di hospital kesemua peperiksan fizikal dan fungsi otak bayi akan dilakukan oleh doktor pakar kanak-kanak. Walau demikian ibu bapa yang telah menjalani kursus bina minda Jabal Nur sepatutnya boleh membuat evaluasi tersebut dan penting ia dilakukan dalam masa 24 jam selepas lahir. Berikut adalah cara-cara melakukannya :

1. Ujian penglihatan

Gelapkan bilik dan beri tempoh 5 minit. Ambil lampu suluh warna kekuningan. Tutup mata kiri bayi dan suluhkan ke mata kanan.  Selepas setengah minit tutup mata kanan dan suluh cahaya lampu suluh untuk beberapa saat. Jika penglihatan bayi normal , anak mata (pupil) akan kuncup dengan suluhan cahaya. Dalam gelap anak mata akan kembang (dilate). Jika ada cacat penglihatan anak mata tidak akan respons dengan suluhan lampu iaitu anak mata kekal kembang tanpa kuncup.

2. Refleks kejutan (startle reflex)

Bayi akan terkejut bila terdengar bunyi kuat. Ia akan menggerakkan kedua kaki dan tangan sebagai langkah bersedia terhadap sesuatu ancaman. Cara menguji ialah dengan menepuk dua blok kayu dua kaki jauhnya dari bayi. Bunyi ketukan kayu akan menjadikan bayi terkejut (startle) . Jika tiada reaksi soalnya adakah bayi ini pekak dan cacat pendengaran? Jika demikian bayi perlu dirujuk kepada pakar kanak-kanak.

3. Ujian refleks Babinski 

Ujian ini dilakukan pada tapak kaki bayi. Ibu gunakan jari tangan dan guriskan tapak kaki bayi dari tumit ke arah ibu jari kaki bayi. 

Ujian refleks Babinski adalah positif bila jari-jari kaki bayi menuding ke atas. Ini terpakai hingga umur bayi mencapai 12 bulan. Ujian sama ke atas tapak kaki orang dewasa harus menyebabkan jari-jarinya menuding ke bawah - refleks plantar.

Refleks Babinski adalah untuk memudahkan jari-jari kaki bayi menolak untuk bergerak ke depan bila ia merangkak.

4. Kecekapan bergerak

Ketika lahir jika kedua-dua tangan dan kaki bergerak-geraj itu tanda bayi normal. Jika tidak bergerak langsung mungkin dia lumpuh, perlu dirujuk kepada pakar kanak-kanak.

5. Ujian kecekapan bahasa

Jika menangis dengan laungan dan jeritan yang kuat dan jelas, itu tanda bayi normal. Jika ia tidak menangis atau tidak mengeluarkan suara langsung ini tanda bayi bermasalah otak.

6. Ujian refleks genggaman jari

Bayi akan menggenggam ke atas semua benda yang diletakan pada tapak tangannya. Cara buat ujian ialah tiarapkan bayi, jari ibu tangan kanan ibu diletakkan pada tangan kiri bayi dan dan jari tangan kiri ibu pada tangan kanan bayi. Bayi secara spontan akan genggam kedua-dua jari ibu. Jika tiada genggaman, ini mungkin tanda masalah fungsi otak.

Evaluasi Fungsi Otak Bayi Ketika Lahir

Setelah memeriksa bayi secara kasar dan tiada tanda-tanda kecacatan pada tubuhnya sangat penting untuk menentukan fungsi otak bayi juga normal. Biasanya jika ia lahir di hospital kesemua peperiksan fizikal dan fungsi otak bayi akan dilakukan oleh doktor pakar kanak-kanak. Walau demikian ibu bapa yang telah menjalani kursus bina minda Jabal Nur sepatutnya boleh membuat evaluasi tersebut dan penting ia dilakukan dalam masa 24 jam selepas lahir. Berikut adalah cara-cara melakukannya :

1. Ujian penglihatan

Gelapkan bilik dan beri tempoh 5 minit. Ambil lampu suluh warna kekuningan. Tutup mata kiri bayi dan suluhkan ke mata kanan.  Selepas setengah minit tutup mata kanan dan suluh cahaya lampu suluh untuk beberapa saat. Jika penglihatan bayi normal , anak mata (pupil) akan kuncup dengan suluhan cahaya. Dalam gelap anak mata akan kembang (dilate). Jika ada cacat penglihatan anak mata tidak akan respons dengan suluhan lampu iaitu anak mata kekal kembang tanpa kuncup.

2. Refleks kejutan (startle reflex)

Bayi akan terkejut bila terdengar bunyi kuat. Ia akan menggerakkan kedua kaki dan tangan sebagai langkah bersedia terhadap sesuatu ancaman. Cara menguji ialah dengan menepuk dua blok kayu dua kaki jauhnya dari bayi. Bunyi ketukan kayu akan menjadikan bayi terkejut (startle) . Jika tiada reaksi soalnya adakah bayi ini pekak dan cacat pendengaran? Jika demikian bayi perlu dirujuk kepada pakar kanak-kanak.

3. Ujian refleks Babinski 

Ujian ini dilakukan pada tapak kaki bayi. Ibu gunakan jari tangan dan guriskan tapak kaki bayi dari tumit ke arah ibu jari kaki bayi. 

Ujian refleks Babinski adalah positif bila jari-jari kaki bayi menuding ke atas. Ini terpakai hingga umur bayi mencapai 12 bulan. Ujian sama ke atas tapak kaki orang dewasa harus menyebabkan jari-jarinya menuding ke bawah - refleks plantar.

Refleks Babinski adalah untuk memudahkan jari-jari kaki bayi menolak untuk bergerak ke depan bila ia merangkak.

4. Kecekapan bergerak

Ketika lahir jika kedua-dua tangan dan kaki bergerak-geraj itu tanda bayi normal. Jika tidak bergerak langsung mungkin dia lumpuh, perlu dirujuk kepada pakar kanak-kanak.

5. Ujian kecekapan bahasa

Jika menangis dengan laungan dan jeritan yang kuat dan jelas, itu tanda bayi normal. Jika ia tidak menangis atau tidak mengeluarkan suara langsung ini tanda bayi bermasalah otak.

6. Ujian refleks genggaman jari

Bayi akan menggenggam ke atas semua benda yang diletakan pada tapak tangannya. Cara buat ujian ialah tiarapkan bayi, jari ibu tangan kanan ibu diletakkan pada tangan kiri bayi dan dan jari tangan kiri ibu pada tangan kanan bayi. Bayi secara spontan akan genggam kedua-dua jari ibu. Jika tiada genggaman, ini mungkin tanda masalah fungsi otak.

Comments

15.03.2015 04:08

Eyeme muche muche

Tips yang sangat2 berguna!!! Terima kasih (^_*)