Cara kelahiran terbaik lepas cesarean

Ramai yang bertanya sama ada  boleh melahirkan bayi secara normal selepas dibedah cesarean. Ini bergantung kepada sebab atau punca mengapa dilakukan bedah cesar. Jika sebab rongga sempit (CPD) memang tiada peluang untuk lahir secara normal lagi.

Kebanyakan pesakit selepas bedah cesar sekali akan berjaya melahirkan secara normal. Tetapi jika selepas dua kali cesar doktor pakar bidan akan terus buat cesar kali ketiga dan kebanyakan doktor akan buat tubal ligation. Tapi jika pesakit tidak mahu , doktor tidak bolih paksa buat tubal ligation. 

Teringat saya tentang kisah  seorang pesakit saya beberapa tahun dulu, tak silap namanya Ramlah Johari, Selepas dua kali cesar saya bantu lahirkan  anak ketiganya secara normal. Anak keempat pula bedah  cesar (pembedahan kali ketiga) dan anak kelima lahir secara normal walaupun sudah 3 kali bedah cesar.  Kes saperti ini adalah diluar kebiasaan dan tidak bolih diambil sebagai panduan. 

Suatu ketika dahulu saya banyak kali juga mengendalikan percubaan lahir normal selepas 2 kali cesar. Saya dapati antara 50-60% berjaya lahir normal dan yang lain perlu ulang cesar. Kalau kedua2 bedah cesarean disebabkan olih bayi lemas (fetal distress), punca berlaku demikian sebab rongga ponggong sempit (CPD).Jika demikian tiada pilehan kelahiran seterusnya mestilah bedah cesarean. 

Sekarang  saya sudah tidak sambut lagi kelahiran dan saya tidak cadangkan lain-lain doktor buat yang saya lakukan dulu.

Pada asasnya, selepas dibedah cesar dan bagi kehamilan kedua nak cuba normal, ada beberapa perkara penting yang perlu dilakukan.

Pada bulan terakhir kehamilan 36-37 minggu, pakar bidan perlu buat penilaian daripada sejarah kelahiran cesar yang lepas dan buat pemeriksaan  sama ada kepala bayi boleh masuk ke dalam rongga punggung ibu atau tidak (engage). 

Buat X-ray pelvimetry pada 37 minggu kehamilan,  buat ukuran keluasan rongga punggung ibu. Jika ukuran API dan APO lebih 12 cm kemungkinan boleh dilakukan percubaan kelahiran normal. Jika kurang - menandakan punggung sempit - mungkin lebih baik ulang bedah cesar.

Bagi mereka yang dipilih untuk cuba lahir normal, mulai 37 minggu kehamilan, setiap minggu pemeriksaan vaginal dilakukan untuk menilai keadaan pintu rahim, sama ada lembut atau rigid, sama ada efface atau tidak, boleh dikembangkan atau tidak. Dan pada waktu sama doktor pakar bidan akan buat 'sweeping of membrane' untuk memudahkan buka pintu rahim.

Sebaiknya tunggu natural labour dan spontan tanpa induction. Tetapi jika melebihi tempoh EDD selama 2 minggu, perlu buat induction. Pemantauan waktu labour perlu rapi  dengan catitan  rekod CTG setiap masa untuk mengetahui kekerapan serta kekuatan kuncupan rahim dan keadaan denyutan bayi, sama ada normal atau ada tanda-tanda nak jadi lemas/fetal distress. Pemeriksaan vaginal dilakukan setiap 4 jam untuk menilai progress labour.

Bedah Cesarean dan Buang Fibroid Sekali

Pembedahan cesarean sekarang dianggap selamat untuk ibu dan bayi ekoran daripada perkembangan teknologi peralatan bius dan bedah. Namun ada terdapat sedikit perbedaan tentang cara gaya bedah antara satu pakar bidan dengan yang lain. Misalnya tidak ramai pakar bidan yang sanggup atau berani bedah myomectomy untuk buang tumbuhan fibroid ketika melakukan bedah cesarean. Kebanyakan pakar akan buat cesarean untuk lahirkan bayi dulu dan enam bulan kemudian akan ulang bedah sekali lagi untuk buang fibroid. Jika dilakukan serentak mereka bimbang perdarahan teruk akan berlaku. Mungkin keraguan ini benar tetapi bagi pakar-pakar bidan yang lebih berpengalaman dan mahir dalam selok belok pembedahan gejala ini jarang berlaku.

Tidak lama dulu terjadi kes seorang pesakit hamil sulung yang kebetulan dia pun ada ketumbuhan fibroid sebesar buah kelapa, lebih besar saiznya berbanding kepala bayi yang dikandungnya. Dan kedudukan fibroid terletak di pintu rahim, pasti pesakit ini tidak boleh melahirkan anak secara normal. Beliau perlu bedah cesarean di hospital kerajaan dan mohon agar fibroid besar itu dibuang serentak, tetapi doktor pakar di sana tidak berani melakukannya.

Beliau dan suami memohon agar saya bedah serentak iaitu lahirkan bayi dan buang fibroid sekali. Alhamdulillah kedua-duanya berjaya dilakukan dengan selamat. Tidaklah perlu beliau jalani dua kali pembedahan.

  • Bayi songsang sebab fibroid...

    Salah satu punca kedudukan bayi jadi songsang/breech ialah ketumbuhan fibroid yang wujud ketika hamil. Perlu bedah cesar untuk keselamatan ibu dan bayi.

  • Ada dua tumbuhan fibroid pada dinding belakang... rahim.

    Fibroid yang besar saiz 8 cm pada awal kehamilan dan yang kecil 3 cm. Fibroid besar mengecut sebab degenerasi yang berlaku waktu hamil dan lepas putus haid. Ketika dibedah saiz turun 6 cm.

  • Kedua-dua fibroid selepas dibedah ketika cesarean...

    Fibroid telah mengecut atau mengalami degenerasi. Ketumbuhan tersebut telah melekat pada usus dan ovari.

Bedah Cesarean

Bolehkah Lahir Bayi Secara Normal Selepas Pembedahan Cesarean

Kebanyakan wanita masih boleh melahirkan secara normal selepas bedah cesar sekali…

Comments

17.11.2017 12:00

Nur Islam sufi

Assalamualaikum dr.sy nak tanya, sy missed period 21hari. tp bila buat upt resultnya negativ?
Sy tak pernah ada masalah missed period..setiap bulan dtg mcm biasa. Tp bulan ni pelik..terima kasih dr

03.08.2017 04:20

atikah

Assalamualaikum doktor. Saya ini sudah lama kahwin dekat 6 tahun dan saya tidak penah merasai nikmat mengandung atau tanda2 tuk mengandung. Sblm ni pnh wat rawatan di hosp gov tapi tiada hasil.Bantuan

02.08.2017 17:24

Hayati

As Salam doktor..sy dah 8 Thun berkwin..pernah prgnant sekli awl Thun perkhwinan sy..Tp sy gugur after 11 Mggu prgnant..sy dh Buat 1xiui Dan 3 Kali ivf Tp Blum Ada rezki..doktor sahkn rahim sy lemah

02.08.2017 11:13

Teeqa

Assalam dr..sy telah berkahwin pada Jan, 2015..sehingga kini masih belum ada rezeki zuriat..sejak kahwin, period sy teratur 26-28hari setiap bulan & senggugut pun kurang..sy buntu dr..

02.08.2017 01:06

Shafinaz binti saad

Assalamualaikum dr.saya berkahwin pd tahun 2008.1st saya mengandung luar rahim dah operated buang. sekarang saya belum ada anak.setiap kali mengandung saya gugur.dah 12 kali saya gugur.blh bantu saya

01.08.2017 11:43

Nur Diana Sukki

Berapa kos ovarian drilling?
Doktor sahkan sy pcos

01.08.2017 10:12

Pn maz

Sy berumur 40thn . Ank bongsu berumur 11 thn. Sy ingin utk mendpt chaya mata memandangkn sy br brnikah lg dn selama 2 thn ni kami masih blm ada rezeki lg.. mslh sy.. sy duduk berjauhan dgn suami...

13.05.2017 15:50

zarinah

assalamualaikum dr, sy nk tanya ada peluang ke utk melahirkan ank secara normal slps ceaser 2x, sbb report dr pakar, sy tiada mslh cuma bby distress n da berak dlm mstu, need more info tq

22.05.2017 11:10

Daiy Nur

sy pun nak b'tanye soalan yg sama.. anak 1st czer sbb fetal distress jln x bukak. anak 2nd songsang czer. skrg preg anak 3rd leh ke sy cuba b'salin normal doc??

28.06.2014 07:00

missy phira

Assalam... Dr boleh cadangkan Dr O&G lain yang berpengalaman setaraf dgn Dr sendiri, dan boleh bantu saya utk rancang kembar (faktor usia)dan juga bedah secara ceaser (faktor tulang blkg tidak kuat).

23.06.2014 09:21

zarina

Saya dah berumur 43 tahun tetapi ade hati untuk mengandung lagi. Anak pertama saya dah berumur 11 tahun (lahir seaseran) dan sehingga sekarang saye tidak mengandung lagi. Saya mempunyai berat maintain 62kg tinggi 150cm. Suami saye berumur 53 tahun dan

21.06.2014 18:30

Pn Norizan Abd Manan.

Saya pernah buat UAE (Uterine Artery Embolization) pada tahun 2008 sblm saya buat operation myomectomy pd tahun 2009. Kini 2014 saya sedang mengandung. Apakah risiko yg bakal saya hadapi doktor ketika mengandung dan ketika bersalin nanti? Mohon pencerahan

09.06.2014 17:11

Na

Saya ketiga-tiga anak lahir ceaser..anak yg ke-3 tu ada masalah rahim melekat di dinding perut dan berlaku pendarahan yg agak teruk...sekarang saya hamil lagi anak ke-4,adakah masalah rahim melekat tu akan berulang lagi?
Dan satu lagi soalan saya,kenapa s

14.06.2014 14:39

Dr Hamid

Salam. Rahim melekat atau adhesion menjadi lebih terok setiap kali diulang bedah. Insha Allah doktor pakar bidan pn bolih mengatasinyan

04.06.2014 02:46

adelin

Emm..masih ade peluang utk bsalin secara normal wpn dh czer 2 kali..

14.06.2014 14:41

Dr Hamid

Saya fikir pakar bidan sekarang tidak berani cuba lahirkan secara normal lepas 3 cesar.