Bayi mula mendengar
Otak dan Panca Indera Sensori
Penting untuk kita memahami pertumbuhan otak dan saraf janin serta pekembangan 5 panca indera sensori ketika dalam rahim. Lima panca indera iaitu, pendengaran, penglihatan, sentuhan, bauan dan rasa mula terbentuk secara berperingkat. Tiga panca indera iaitu pendengaran, penglihatan dan sentuhan boleh dirangsang sejak dalam rahim.
Daripada minggu ke 6 otak bayi sudah tumbuh dan menunjukkan ia sudah mula berfungsi dengan membengkokkan tubuh (curling). Pada minggu ke 13 terbit berbagai jenis pergerakan seperti tendang, menelan air ketuban, hisap jari, sedu dan lain-lain tetapi ibu belum merasai sehingga 18 - 20 kehamilan.
Minggu ke 7 kehamilan - Janin tumbuhreceptor sentuhan pada bibir mulut dan muka. Proses ini berterusan ke semua bahagian badan hingga akhir kandungan.
Minggu ke 13 - Hidung bayi mula dibentuk
Minggu 13–15 - Deria rasa mula terbentuk dan bayi lebih menelan air ketuban jika ia lebih manis sebab ibu makan lebih gula.
Minggu 18-20 - Otak bayi dan pendegaran mula membentuk. Ia mendengar denyut jantung dan suara ibu serta bunyi aliran darah ibu.
Minggu 25 - Telinga bayi lengkap pembentukan. Mendengar suara ibu dengan jelas. Suara bapa boleh didengar jika kuat. Mula terkejut /startle jika ada bunyi kuat dan bising. Minggu ke-27 semua lengkap.
Minggu 26 - Mata bayi mula berkelip dan pada minggu ke-33 boleh melihat samar dan boleh memberikan tindak balas kepada suluhan lampu picit.
Minggu ke 28 - Bayi membentuk deria rasa dan bauan. Ia mula respon dengan keadaan dalam air ketuban. Menelan air ketuban sebanyak satu liter sehari. Deria bauan dan rasa penting untuk mengesan susu ibu nanti.
Minggu ke 32 - Deria sentuhan sudah lengkap dan mula jadi sensitif kepada kesakitan dan perubahan suhu.
Program Timang
Rancang Kehamilan Untuk Zuriat Terbaik
Isnin 19 Mei 2014
Assalamualaikum.
Setiap perkara samada projek, bangunan, program dan lain-lain termasuk pembentukan zuriat yang dirancang dengan teliti dan dilaksanakan dengan teratur mengikut garis panduan tentulah akan menghasilkan produk terbaik dan bermutu tinggi.
Zuriatan toiiba bermaksud anak yang terbaik yang kamil, yang cukup sifat, sihat fizikal, cerdas mental dan berakhlak mulia.
Itulah cita-cita setiap pasangan ibu bapa. Adakah kita bersedia dan berkemampuan untuk merancang dan menghasilkan zuriatan toiiba?
Program Timang Anak
28 April 2014
Sewaktu saya bertugas sebagai Ketua Pengarah LPPKN pada tahun 1985 hingga 1989 saya mulakan satu program keibubapaan (parenting) dengan tema 'Timang'. Saya sungguh minat program tersebut kerana pada ketika itu belum ada program seperti itu. Justeru saya mulakan aktiviti-aktiviti pendidikan, kaunseling dan media. Kita terbitan majalah keibupaan yang pertama bergelar 'Timang'. Sambutan terhadap program dan aktiviti ketika itu amat menggembirakan. Selepas saya tamat tempoh jawatan, tema timang pun turut ikut jejak langkah saya.
Saya masih sayangkan program tersebut dan sehingga sekarang saya masih pakai T shirt bertemakan Timang (lihat gambar saya, anak dan cucu saya).
Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Sudah pandai baca kitab.
Ini adalah satu konsep pendidikan anak daripada dalam rahim lagi. Daripada awal kandungan lagi kita belai dan sentuh rahim ibu yang hamil sambil si bakal bapa mengalunkan bacaan Quran, selawat atas nabi atau nyanyian yang merdu. Roh bayi yang ditiupkan oleh Allah SWT pada umur kandungan empat bulan dikatakan dapat mendengar semuanya. Apabila umur kandungan mencapai 7 bulan Allah kurniakan pendengaran. Oleh itu penting bagi bakal ibu dan bapa membacakan Quran , mengajar matematik atau sains sambil memainkan muzik dingin dan slow 30 minit sebelum tidur. Kaedah ini digelar ' intra uterine mental stimulation'.
Rangsangan bayi terus dilakukan sejurus selepas lahir khususnya pada waktu memandikan dan memakaikan baju. Lumur seluruh badan bayi dengan minyak zaitun, kelapa dara atau minyak bijan sambil si ibu mendendangkan bacaan Quran , selawat atau nyanyian. Sentuhan kulit bayi dengan tangan ibu yang dilumur minyak seraya mengurut-urut tangan, kaki dan jari-jari bayi adalah satu rangsangan minda bayi yang amat berkesan.
Ketika menidurkan bayi jangan lupa untuk mendodoikan dengan lagu-lagu yang enak atau selawat ke atas nabi. Jangan putus-putus melakukan rangsangan mental ke atas bayi sehingga ia besar. Insha Allah jika diamalkan petua ini bayi akan menjadi anak yang soleh, bijak dan mulia akhlaknya. Aamin.
Rangsangan Mental Daripada dalam Rahim
Bayi dalam rahim paling aktif antara Maghrib sehingga tengah malam. Waktu paling sesuai untuk melakukan rangsangan bayi ialah 30 minit sebelum tidur - pukul 10 malam. Kedua bakal bapa dan ibu bersama-sama melakukan rangsangan selepas 7 bulan kehamilan hingga lahir.
Doa untuk Dapat Zuriatan Toiiba
Mulakan perancangan kita dengan doa. Semoga dikabulkan dan dikurniakan zuriat yang normal. sempurna tanpa cacat dan dilindungi daripada gangguan syaitan.
Persediaan untuk Hamil
Kesihatan fizikal, mental dan emosi yang baik dan stabil sangat penting sebagai persediaan sebelum hamil. Vitamin dan folic acid sebaiknya dimulakan beberapa bulan sebelum hamil. Tahap hemoglobin perlu baik. Pelalian terhadap rubella sudah dibuat sebelum hamil.
Jagaan Waktu Hamil
Jagaan waktu hamil mengikut jadual merupakan faktor terpenting yang telah berjaya mengurangkan kadar kematian, juga mengurangkan berbagai kerumitan, gejala dan komplikasi pada ibu dan bayi.
1. Berbagai penyakit pada ibu hamil dapat dikesan, dirawat dan dikawal.
2. Kehamilan luar biasa seperti ancaman keguguran, kehamilan di luar rahim, hamil molar, hamil kembar dapat dikesan awal dan diberi rawatan sewajarnya.
3. Pertumbuhan janin bayi dalam rahim, kedudukan bayi dan kecacatan bayi dapat dikesan dan dipantau lalu tindakan sewajarnya diambil sebelum masalah timbul.
4. Kedudukan dan keadaan serta keutuhan uri dapat dipantau. Tugas uri membekalkan makanan dan oksigen kepada bayi boleh dipantau. Langkah-langkah tertentu diambil sebelum ia mengancam nyawa ibu dan bayi.
5. Penyakit-penyakit yang berkait dengan kehamilan saparti toxemia dan sawan, kencing manis, darah tinggi dapat dikesan dan dirawat untuk mencegah sebelum menimbulkan ancaman nyawa ibu dan bayi.
6. Menentukan tentang cara kelahiran samada cara normal atau terus bedah, biasanya dikakukan pada bulan terakhir kehamilan.
7. Menentukan samada perlu lakukan induction of labour atau tidak.
Suplemen Vitamin untuk Ibu Hamil
Panduan Rancang Jantina Bayi
Kita merancang Allah menentukan.
1. Mengesan waktu ovulasi/penetasan telur. Bagi mereka yang punya pusingan haid teratur, 28-30 hari mengesan ovulasi lebih mudah. Guna 'ovulation test kit' (ada 5 test strips) dan masukkan strip ke dalam air kencing tengah hari mulai hari ke10 dan diulang setiap hari sehingga kedua line control dan test itu sama - maknanya positif. Esok dan lusa dijangka berlaku ovulasi.
Jika nak rancang anak perempuan , persetubuhan terakhir dilakukan pada hari ujian positif dan jauhkan 7 hari berikutnya.
Jika rancang anak lelaki daripada hari ke-10 elakkan persetubuhan. Lakukan persetubuhan hari esok dan lusa selepas ujian ovulasi positif dan hari berikutnya.
Pemakanan. Mereka yang cuba mendapatkan anak lelaki makan lebih sea food - udang, sotong, ketam, ikan bilis. Untuk cuba rancang anak perempuan, makan banyak sayur dan buah-buahan.
-
Ovulation test kit mengandungi 5 strips untuk ujian dengan air kencing tengah hari. Mulakan ujian pada hari ke-10.
-
• Ujian jadi positif bila control dan test sama warna. Anak perempuan persetubuhan terakhir hari positif. Berhenti 7 hari. Anak lelaki. Mulakan persetubuhan hari esok dan lusa lepas positif test.
nurul ain adnan
As salam..Dah hampir sebulan cuba hubungi utk buat appointment dgn dr hamid..tp tak berjawap..sy dari kuantan..jadi kiranya sy nak pergi..boleh terus walk in ke..?
nur zaimah
assalam doc hamid.. sya semalam 4 july last makan clomid 3 tab... ari ni dah habis period 5 july... datang period cukup 7 hari.. sya nak tnya bila sya kena start bersama ye? mintak pandangan doc pls
A z
Salam Dr..
Sy disahkan mengandung & first period saya 26/4/17..tadi brown yg keluar..adakah normal? Dan scan x nampak kantung lagi wlpn sy +ve..ikut kiraan dr sy bru 5w
suzana bt ithnain
salam doc..saya menghidap thyroid dan kencing manis..adakah penyakit ini menyukarkan saya mendapat zuriat?,,
Dr Hamid
SILA GUNA RUANG 'SOALAN2'. RUANG COMMENT TERLALU TERHAD
dhuha
Assalaamualaikum dr..saya memang ingin menimangbcahaya mata dalam waktu terdekat ini..tetapi bagaimanana pula masalah truma malam pertama? Bolehkah dr memberi sedikit komen?
Dr Hamid
Salam. Anda bukan seorang dalam masalah begini. Trauma menimbulkan fobia/ ketakutan dan akhirnya ada suami yang kecewa. Masih ada peluang. Kita bincang bersama. Sila hubungi klinik 0320941115.
FARAH NASFIRA SAKRI
Terimakasih doct. Info yang sangat berguna.