Khasiat Telur

Sering kita diingatkan agar jangan makan telur lepas bersalin atau lepas bedah; konon takut luka bernanah. Adakah fakta ini benar? Ini adalah antara kepercayaan dan amalan orang tua-tua dahulu yang saya dapati tiada asas atau bukti nyata. Benarkah telur meningkatkan kandungan kolesterol dalam darah kita yang seterusnya meningkatkan risiko darah tinggi dan sakit jantung? Ini juga satu andaian yang banyak dipercayai orang ramai. Semua fakta-fakta itu sudah tidak sahih lagi.

Malah satu kajian menunjukkan makan 1-2 biji telur setiap hari meningkatkan kesihatan badan   tanpa meningkatan tahap kolesterol dalam darah. Ada kajian menunjukkan amalan makan telur boleh mengurangkan risiko kanser payudara. Antara khasiatnya adalah mengandungi berbagai vitamin A B D E K , logam selenium, kalsium, zinc. Setiap biji mengandungi 77 kalori, 5 gram protein dan lemak-lemak baik. Telur adalah antara makanan terbaik.

Makanan untuk Subur dan Lepas Bedah

MAKANAN UNTUK SUBUR DAN LEPAS BEDAH

1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immuniti bagi mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis, fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil. 

2. Ambil langkah untuk kurangkan stres. Bersenam 30 minit setiap hari, banyak berzikir, baca Quran 4-5 muka surat setiap hari.

Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap beracun, semburan racun serangga dan pewangi d irumah juga dalam kereta. Gunakan bahan-bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodoran.

3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiatJauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, seperti fast food, junk food, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain.

Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung - donut, kuih-muih, ais krim , coklat dan lain-lain, Jauhkan minuman soft drink, jus dan kordial dalam botol atau kotak.

4. Makan 70% bahan mentah dan segar , iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan lebih buah-buahan tempatan seperti betik, nenas, jambu batu, tembikai, buah naga dan lain-lain.

Saya galakkan makan ulam-ulam , sayur bayam, bendi, terung, kangkung, cekur manis, daun turi dan keledek merah.

5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 biji lobak, 2 batang saderi. Atau 1/4 buah betik dan ¼ nenas (khas seminggu dalam waktu haid). Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jag, masuk peti ais semalaman.

6. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus, lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.

Makan 2 biji telur separuh masak dan oats atau bijirin lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.

7. Makanan selingan (tea dan coffee break) - jauhkan makanan bergula dan karbohidrat. Makan buah-buahan atau segenggam campuran kacang almond, gajus, kismis dan kacang tanah. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

8. Makan tengah hari - cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral, air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis karbohidrat

9. Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vinegar . Masak sup sayur kobis, lobak, broccoli dan cendawan.

Atau buat rojak/pecal daripada sayur kangkung, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai. Gantikan nasi putih dengan brown rice.

10. Suplemen yang perlu untuk menpercepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamin, vit C 1gm, vit E 400 IU, Habatus sauda.
Makan juga gojiberi, lain-lain jenis beri, spirulina, rumpai laut.

Pemakanan untuk Kesihatan dan Kesuburan

Makanan yang lebih alkalin adala lebih baik untuk kesihatan dan kesuburan seterusnya boleh mengawal pertumbuhan semula penyakit dalam peranakan.

 

 

 

Amat Sukar Turun Berat Badan

Sering saya bandingkan kenaikan berat badan sama seperti harga barang. Bila sudah naik memang amat sukar diturunkan. Kalau harga barangan kita semua faham sebab-sebab tidak boleh turun harga tetapi berat badan adalah seratus peratus bawah kawalan kita. Hanya mahu tak mahu sahaja atau ikut kekuatan azam kita dan kesungguhan kita melawan nafsu. 

Malaysia memang mewah dengan berbagai aneka juadah makanan dengan harga berpatutan - syurga makanan. Lagipun kita tidak putus-putus berpesta yang mewajibkan adanya hidangan makanan. Balik kampung pun jadi satu pesta makanan. Majlis perkahwinan, aqiqah anak, kenduri arwah, ceramah ugama di masjid dan lain-lain aktiviti tidak sunyi daripada himpunan berbagai sajian makanan. Bagaimana hendak melawan nafsu makan? Surrender.

Saya sekarang tunggu isteri belanja di supermarket dan saya terpaksa minum nescafe tarik sedang saya buat makalah ini. Berapa banyak gula dan kalori dalam satu cawan kopi susu. Saya rasa kenyang dan tidak teringin makan malam. Bila saya rasa lapar sedangkan belum waktu makan saya sering makan kacang iaitu campuran kacang tanah, almond, gajus dan kurma serta minum air suam atau mineral. Memang rasa puas dan kenyang. Orang yang gemok cuba amalkan seperti saya dan jauhkan mee, roti canai dan teh tarik sebagai makanan sampingan 'tea dan coffee break'.

Satu lagi amalan baik ialah makan buah-buahan dan minum jus dulu sebelum makan nasi, lauk dan sayur-sayuran. Ini memang amalan Rasulullah dan memang terbaik untuk penghadaman dan penyerapan zat makanan.

Kunyah makanan banyak kali setiap suap makan sehingga lumat sebelum ditelan. Jangan habiskan sepinggan hidangan makanan dalam masa 5 minit, makan perlahan-lahan dan cuba habiskan dalam 20 - 30 minit agar perut yang penuh boleh beri signal ke otak yang ia sudah kenyang.

 

Makanan yang menghapuskan inflamasi baik untuk rawat endometriosis. Jauhkan makanan yang menyebabkan inflamasi....

 

 PANDUAN KURUSKAN BADAN

 


Pengalaman saya merawat pesakit-pesakit yang gemuk/obesiti memang agak menghampakan kerana hampir 90% gagal menurunkan berat badan. Jika mereka turun sedikit berat akan naik baik ke tahap asal atau melebihinya. Saya beri ubat adipex yang berkesan mengawal selera, dimakan waktu sarapan pagi. Namun perlu diingat ubat seperti adipex hanya boleh diamalkan selama 3 bulan sahaja, jangan terlalu bergantung kepadanya. Di samping itu saya nasihatkan tentang kawalan makanan khususnya yang mengandungi gula dan karbohidrat seperti nasi, roti, mee, kuih-muih, donut, biskut dan junk food. Saya juga tekankan tentang senaman, berjalan kaki , atau berkebun, atau basuh kereta atau bersihkan rumah selama 30 minit setiap hari.


Cuba amalkan panduan ini :


1. Habiskan makan selama 20 minit. Kunyah perlahan-lahan sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.

2. Lebihkan tidur satu jam daripada biasa. Kurang tidur boleh menjadikan kita lapar dan selera makan meningkat. Makanan-makanan sampingan menyumbang kepada kenaikan berat badan.

3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah-buahan. Masak sayur sekejap, suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah mengandungi banyak fiber, vitamin dan antioksidan serta kurang kalori yang menggemukkan.

4. Mulakan makan dengan buah diikuti sup sayur dan cendawan. Ia boleh mengenyangkan tanpa mengemukkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.

5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat daripada tepung gandum. Makan 'whole grain' wheat. oat, barley dan brown rice.

6. Jauhkan fast food, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nugget.

7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan jus dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi  gula dan manisan.

8. Minum teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.

9. Makan di rumah dengan masakan sendiri sekurang-kurangnya 5 kali seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat sambil kurangkan belanja.

10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu kita akan terasa kenyang.

11.  Amalkan kunyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau melayari Internet. Ia bertujuan untuk mencegah daripada makan junk food. Orang gemuk kadangkala makan sedikit di hadapan orang lain tetapi di belakang, atau senyap-senyap ia ulang makan.

12. Gunakan pinggan kecil (10'’) menggantikan pinggan besar (12'’) untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil.

13. Bila makan di restoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak-kanak, bungkus atau tapau separuh hidangan sebelum mula makan.

14. Bila terasa lapar dan menggeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan kacang tanag serta minum air mineral. Orang gemuk sering ketagih atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah atau kacang waktu ketagih, jauhkan segala makanan manis dan karbohidrat.

15. Berjalan 30 minit sejauh 2-3 km, atau cabut rumput rumpai di halaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah.

 

 
 

Kesan Sampingan MSG (Perisa Makanan)

Hampir setiap makanan sekarang mengandungi bahan perisa iaitu MSG (sering dikenali dengan jenama Ajinomoto , nama saintifik - monosodium glutamate). Restoran,kedai dan gerai-gerai makan kesemuanya menggunakan bahan perisa dalam masakan mereka. Dikatakan masakan Cina dan Thai banyak guna MSG. Memang sedap rasa masakan dan ini menimbulkan keinginan berulang. Banyak junk food seperti potato chips, maggi mi dan makanan berbungkus mengandungi banyak MSG.

Pada saya kesannya bila makan di restoran dan balik saya akan mengalami kekerapan kencing,  Ini disebabkan MSG ada kesan 'diuretic effect' ke atas buah pinggang saya. Keadaan ini menjadi beban kerana saya perlu bangun tidur 3-4 kali satu malam untuk buang air kencing.

Kesan sampingan dalam jangka panjang ialah kerosakan buah pinggang dan liver/hati. Dikatakan juga MSG dalam jangka panjang menimbulkan berbagai jenis kerosakan otak dan sistem saraf (penyakit Alzheimer, dementia, Parkinson dan lain-lain). MSG dikatakan mengandungi ecxitotoxins yang mencetuskan berbagai jenis kesan sampingan.

MSG juga menyebabkan peningkatan berat badan lalu menjadikan seseorang mudah gemuk (obesiti) dan mendapat kesan sampingannya. Memang amat sukar pada zaman sekarang untuk mendapatkan hidangan makanan tanpa MSG. Mereka yang menghidap penyakit seperti endometriosis, fibroid, PCOS, adenomyosis sebaiknya elakkan daripada makan terlalu banyak MSG. Makan lebih bahan segar dan mentah.

read more

Comments

08.04.2015 02:51

vitamin2u.com

info sgt berguna mendidik masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat

13.03.2015 15:14

menen

Every good info... tqvmuch

13.03.2015 08:04

siti kusmina najimudin

Info dan nasihat yg sgt2 memberi manafaat. Tq doc.

13.03.2015 07:29

arina

Very usefull

13.03.2015 07:24

SITI AISHAH

I like your article

13.03.2015 07:13

aishah

very good information

13.03.2015 05:56

Zuliana SLY

JazakAllah Doc... jutaan terima kasih atas ilmu yang bermanfaat utk bekalan Doc ke akhirat nnti.. in shaa Allah..aameen.. :)

13.03.2015 03:06

Ainon Muhammad

Jazakallah 👍😄
Thank you very much Doc, for the useful information ... May Allah bless us all peace and good health, aameen.

13.03.2015 02:57

lisz

Thanks a lot. Full of info :)

13.03.2015 01:52

Rina

GOOD Info ....

http://www.rinaprettyhealthy.com

13.03.2015 01:47

Zaharah

Thank you for all tgese useful info. I will sgare rhis with my family n friends. Thank you Prof Dr.

13.03.2015 01:35

normisyar abdul ghani

A veru useful info. Thank you dr.