Orang mengaitkan cuci rahim atau D&C hanya untuk tujuan merawat keguguran. Sebenarnya D&C ada banyak peranan lain seperti :
1. Mengatasi perdarahan rahim, biasa berlaku pada wanita umur empat puluhan, yang berpenyakit fibroid atau adenomyosis, ada gangguan hormon.
2. Buat diagnosis untuk mengesahkan kanser rahim atau lainnya.
3. Untuk merawat kemandulan dan sukar hamil.
4, Lekat uri lepas bersalin.
Biasanya selepas menjalani X-ray HSG, lebih kurang 30% akan hamil dalam tempoh 3-6 bulan jika benih suami normal dan saluran fallopian terbuka lepas HSG. Jika masih belum hamil lagi dalam tempoh itu saya cadangkan prosedur D&C dan hydrotubation. Ia dilakukan lepas haid dan perlu diberi bius umum (pesakit tidur)
Bagaimana D&C dan hydrotubation boleh meningkatkan peluang hamil?
1. Dalam prosedur ini saluran pintu rahim perlu dibesarkan (dilatation). Ini akan memudahkan benih suami masuk ke dalam rahim.
2. Dinding rahim atau lapisan endometrium perlu dikikis dan dibersihkan. Biasanya ada berlaku penebalan lapisan ini sebab ia tidak luruh kesemuanya ketika haid. Lama-lama ia bertimbun/menebal menjadikan 'endometrial hyperplasia' atau 'endometrial polyp' yang mungkin menyukarkan embrio melekat/implant dalam lapisan endometrium. Lepas D&C, lapisan baru akan dibentuk dan ini mungkin memudahkan proses implantation embryo.
3. Dalam prosedur ini juga saluran fallopian akan diperbesarkan. Ini memudahkan perjalanan benih suami bergerak menuju ke muncung saluran fallopian di mana percantuman benih dan telur/ovum berlaku.
Prosedur ini dijalankan sebagai 'day surgery', hanya perlu masuk day surgical center separuh hari sahaja. Pesakit datang
pagi dengan berpuasa sejak tengah malam. Prosedur dilakukan dengan bius am (pesakit tidur) dan 2-3 selepas itu ia boleh pulang.
Telefon staf klinik sejurus selepas habis haid. Prosedur ini biasanya dilakukan 2- 3 hari lepas habis haid tetapi sebelum
subur.
Tiada pantang larang khas selepas itu, hanya tidak boleh mengadakan hubungan dengan suami selama seminggu. Makanan mengikut sajian biasa dan vitamin suplemen perlu diteruskan.
Bagaimana peluang hamil?
Purata antara 20-30% pesakit yang menjalani prosedur ini akan hamil dalam tempoh 3-6 bulan. Kos prosedur D&C dan Hydrotubation termasuk bius RM 1500.
Riza Hussain
salam doc.. umur saya 44.. januari 2019 penah buat laparoskopi untuk buang etopic pregnancy dan tiub sbelah kanan telah di buang. smp skrg cuba untuk pregnant kembali tapi gagal. ape prlu sy buat doc?
Hajar
Boleh Dr terangkan tentang premature ovarian failure.
Nurul Farhadawiyah Tajuddin
Salam, selain di KL ade tak klinik seperti kompleks YJN di JB
nur shafika
saya baru buat xray hsg,doctor kata tak tersumbat, tapi tiub sebelah kanan macam kebelakang sedikit,so dye yang masuk dalam tiub tu tak keluar, bertakung di situ. apa maksudnya ya?
ku
Salam, ini klinik Hamid arshat kat damansara ke? nk minta email address? tima kasih
Amna Balla Mohamed
salam for all,,I need Laparoscopy ...hom I can meet doctor
anna muar
Brpa kos untuk buat pembedahan membuka tiub sumbat ni..
Rihan
Assalamualaikum Dr... Saya sudah berumahtangga, tetapi masih belum lagi hamil. period saya lancar setiap bulan tetapi ada senggugut... umur saya dh 35 thn.
Ira
Salam Doktor,
Saya sudah berumahtangga 2 tahun, belum hamil lagi. Saya ada masalah hormon prolacin tinggi iaitu 31.8ug/L.. adakah peluang untuk saya hamil?
atiq yunis
salam ira, u da penh check x ngn mn2 pakar?..
i punya mslh y sama dgn u..i kahwin pd 2013 n i pregnant pd bln 9/2013..sblm i pregnant i dpt taw i comfirm endometriosis pd kedua2 tiub fallopio i..
Anis
Saya pernah ke HUKM. Hasil scan mengatakan hujung F-tiub saya tertutup jadi telur tak dpt b'temu dgn sperm. Dr menyuruh saya buang F-tiub & buat IVF, tp saya X mampu. Ada cara lain? Umur sy dh 40 thn