AHLI LEMBAGA PENGARAH
-
Dato' Dr Hamid Arshat
PENGERUSI YJN
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan
Pakar Kesuburan Hospital Pantai Bangsar
Mantan Profesor Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Mantan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) -
Tan Sri Dato' Dr Yusof Nor
AHLI LEMBAGA PENGARAH
Jawatan lepas
1. Timbalan Naib Cancelor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri
3. Menteri Perusahaan Awam
4. Exco Kerajaan Negeri Trengganu
5. Pengerusi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
6. Pengerusi FELDA
Jawatan sekarang
1. Penasihat Perdana Menteri
2. Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI)
3. Pengerusi TV Hijrah
4. Setiausaha Agong PERKIM
5. Pengerusi Universiti Islam Malaysia (UIM)
-
Dato' Zainal Abidin b. Abd Kadir
AHLI LEMBAGA PENGARAH
1. Mantan Pengetua Kolej Islam Klang (KIK) 1976-1981
2. Pengetua Maktab Perguruan Islam (MPI) Bangi 1981-1984
3. Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kem Pelajaran 1984-1990
4. Ketua Pengarah Pusat Islam Jabatan Perdana Menteri 1990-1995
5. Ahli Dewan Undangan Negeri Melor, Kelantan 1995-1999
6. Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas. 2000-2005
7. TYT Duta Besar Malaysia ke Mesir 2005-2009
8. Pengarah Dakwah PERKIM sejak 2010 -
Dato' Othman B Desa
AHLI LEMBAGA PENGARAH
dan PENGARAH URUSAN
Berasal dari Pulau Pinang.
Mantan Pegawai Tadbir & Diplomatik
Mantan Setiausaha Politik Perdana Menteri
Jawatan sekarang : Pengarah Perhubungan Awam Universiti Islam Malaysia (UIM)
Perihal YJN
Sejarah Yayasan
Yayasan Jabal Nur adalah satu yayasan amal yang ditubuhkan di bawah akta pertubuhan pada tahun 2000. Ia tercetus atas kesedaran tahap kesihatan ibu dan anak umat Islam jauh lebih rendah berbanding dengan bukan islam.
Sebagai sokongan kuat YAB Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir memberikan sebidang tanah seluas 12 ekar kepada Jabal Nur. Pada mulanya dicadangkan yayasan membina sebuah hospital islam untuk ibu dan anak. Tetapi setelah dipastikan kos untuk membina dan mengurus hospital terlalu tinggi, dan juga Pusrawi telah membina sebuah hospital Islam yang cukup fungsi pihak yayasan memutuskan untuk mengubah perancangan mengikut kemampuan kewangan.
Lembaga pengarah yayasan membuat keputusan untuk membina sebuah hotel 80 katil berserta dewan serbaguna yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya 400 orang juga ruang-ruang niaga untuk sewaan. Adalah diharapkan dengan kaedah ini yayasan akan dapat mengumpul dana untuk kegiatan aktiviti-aktiviti amal.
Objektif Yayasan
Misi dan visi utama kami adalah untuk menjana keluarga sihat, sejahtera dan bahagia berdasarkan prinsip-prinsip syumul Islam. Cara-caranya adalah seperti berikut :
1. Mengadakan program-program klinikal, khidmat kaunseling dan pendidikan tentang kesihatan ibu dan anak khususnya untuk umat Islam.
2. Membuat kajian ke atas faktor-faktor yang berkaitan dengan kesihatan ibu dan anak serta berusaha menerbitkan bahan bacaan.
3. Membantu usaha-usaha untuk memantapkan sistem kekeluargaan dan cara gaya keibubapaan ummah.
4. Membantu segala usaha semua pihak untuk memartabatkan Islam.
5. Menerbitkan anak-anak pintar lagi genius menerusi program yang sesuai daripada dalam perut sehingga anak membesar mencapai umur yang berpatutan.
Mengapa memilih Jabal Nur sebagai Nama Yayasan
Ada yang tertanya tentang nama Jabal Nur untuk yayasan. Kenapa ia dipilih? Ketika melawat Amerika dalam tahun 80an saya tertarik dengan kewujudan institusi perubatan bernama Mount Sinai Hospital kepunyaan orang Yahudi. Nama itu diambil sempena Bukit Tursina di Semenanjung Sinai. Mesir. Orang Yahudi juga Barat mengenalinya sebagai Mount Sinai. Sepertimana kita ketahui Nabi Musa AS menerima wahyu secara terus apabila bercakap dengan Allah SWT di Bukit Tursina.
Junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah SAW pula menerima wahyu pertama melalui malaikat Jibril di Gua Hira’ yang terletak berdekatan puncak bukit Jabal Nur, sekitar 5 km di luar pusat kota Mekah. Di situlah baginda sering beruzlah memencilkan diri sebelum menjadi rasul lalu menerima perintah untuk menyampaikan ajaran Islam. Saya sangat tertarik dengan nama Jabal Nur untuk digunakan bagi yayasan. Ahli-ahli lembaga pengarah bersetuju sebulat suara atas cadangan ini.
Mesej daripada Pengerusi
23 April 2014
Alhamdulillah, Yayasan Jabal Nur sedang mengorak langkah menjadi aktif dengan beberapa aktiviti yang sedang dalam perancangan. Kita tidak akan lari daripada tujuan asal untuk membantu segala usaha bagi meningkatkan tahap kesihatan ibu dan anak. Malah banyak isu-isu yang bersangkutan dengannya akan diceburi.
Dalam bidang kesihatan tiga teras tuju utama akan ditekankan :
1. Kesihatan wanita khususnya dan aspek kesuburan juga kemandulan. Masalah ini kian meningkat dengan berlakunya pembangunan sosioekonomi yang sangat pesat. Wanita semakin lambat berkahwin sebab mengejar pendidikan dan kerjaya yang lebih tinggi, perubahan cara gaya hidup khususnya dalam tabiat dan kualiti pemakanan serta peningkatan tekanan fizikal dan emosi yang kuat ekoran daripada perlumbaan hidup.
2. Perkembangan kanak-kanak. Tumpuan ialah pada masalah kecacatan kanak terutama yang disebabkan oleh faktor-faktor kongenital.
3. Masalah penuaan atau ageing. Beberapa sudut akan diterokai oleh yayasan menerusi program 'Penjaga' dan kaedah-kaedah anti-ageing.
Yayasan belum berupaya daripada segi kewangan untuk mewujudkan struktur pentadbiran dan pengurusan yang cukup segala aspek. Justeru itu ia sedang menggembeling tenaga sukarelawan yang minat berkhimat secara fisabilillah.
Alhamdulillah rakan-rakan lama saya dari High School (Sekolah Tinggi) Muar ramai menawarkan diri secara sukarela untuk menggerakkan program-program pembangunan ummah. Oleh sebab yayasan belum memiliki peruntukkan kewangan untuk program-program tersebut saya infakkan sebahagian daripada hasil pendapatan klinik saya untuk aktiviti-aktiviti amal yang berkaitan.
Insha Allah saya akan terus berusaha untuk melibatkan para sukarelawan yang berminat dan seiring dalam perjuangan kita.
Yayasan juga berusaha untuk membantu Tahfiz as Assiddiq di Alor Gajah, Melaka yang diasaskan pembinaannya oleh bekas murid High School Muar iaitu Abdullah Othman dan Othman Arshad. Harapan saya kelak tahfiz ini boleh dijadikan 'satelit' untuk aktiviti-aktiviti yayasan.
Salam. Semoga diberkati Allah SWT
Gua Hira', Jabal Nur, Mekah
Gua Hira’ (Bahasa Arab: غارحراء, Ġār Ḥirāʾ) ialah sebuah gua yang terletak kira-kira 2 batu (3.2 km) dari Mekah, di atas sebuah gunung bernama Jabal al-Nur di wilayah Hijaz di Arab Saudi. Gua itu sendiri berukuran 12 kaki (3.7 m) panjang dan 5 kaki 3 in (1.60 m) lebar. Tinggi gua ialah 270 m (890 kaki) dari kaki bukit dan boleh didaki dengan menaiki kira-kira 600 anak tangga. Letaknya pada tebing menanjak yang agak curam walaupun Jabal Nur tidaklah terlalu tinggi. Namun begitu, pendakian menuju ke Gua Hira’ melalui jalan lereng-lereng bukit yang kering dan berbatu. Oleh itu setiap orang haruslah memiliki kekuatan fizikal dan mental yang kuat.
Gua ini terkenal sebagai tempat di mana Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama daripada Allah iaitu melalui Malaikat Jibril. Gua Hira’ adalah tempat Nabi Muhammad SAW selalu menyendiri dan bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah SWT selama tiga tahun. Baginda juga selalu ke situ bagi menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar.
Latest comments
Hi Dr Hamid
Salam bersara& semoga panjang umur.
Semoga kehidupan bersara dr terus menambah nilai kehidupan bg org spt apa yg Dr selalu buat.
Love to read your article yg sungguh meninspirasikan.
Alhamdulillah...trima kasih doktor atas perkongsian dan nasihat doktor
Salam. Terima kasih Dr for sharing
Jazakallah khair Dr for sharing