Masih ada peluang dapat zuriat

Allah SWT maha Pengasih dan penyanyang serta maha Pemurah. Maha Mendengar segala doa, permohonan dan keluhan hamba2Nya. 

Sentiasa berdoa,  terus berusaha dapatkan rawatan dan Bertawakkal. Jangan lupa bersedekah setakat kemampuan. Munkin doa orang kita beri sedekah mujarab dan dimakbulkan Allah SWT. Aamin ya robbal alamin. 

Panduan Mudah Hamil

BEBERAPA PANDUAN UNTUK MUDAH HAMIL

 

 

Sangat penting lapangkan fikirkan, tangkis stress, lawan gangguan emosi. Hilangkan kesedihan, dan kemorongan. Ceria dan sentiasa fikirkan positif, bayangkan anda hamil.

 


1. Untuk wanita kahwin cepat bila ada peluang. Terbokti wanita paling subur sebelum umor 20 tahun. Masa itu belum tumbuh endometriosis , fibroids dan lain2 penyakit peranakkan. Jika ada jodoh jangan tangguh walau pun masih mengejar pendidekan tinggi dan kerjaya.

2. Lebih 80% akan hamil satu tahun lepas kahwin. Jika ada senggugut atau gangguan haid jumpa doktor secepat untuk periksa peranakkan dan ujian kesuburan.

3. Tentukan status kesihatan suami isteri terbaik. Buat rawatan jika ada penyakit.

4. Mampu buat hubungan seksual yang  sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.

5. Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isreri teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke14 jika pusingan 28 hari dan subur hari ke16 jika pusingan 30 hari.
Waktu subur bolih dikesan olih catitan suhu BBT dan ovulation test kit.BBT

6. Hubungan seksual selang malam mulai hari ke12 hingga hari ke20. Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam.
Baca fatiha, ayat qursi dan tiga qul sebelum tidur.Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan  .Panduan doa.
Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggong selama 2-4 jam atau terus tidur.
Jika ada peluang pergi cuti ditempat peranginan ketika isteri subur.

7. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat  untuk menjayakan kehamilan.
Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah.
Buat sebaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise.
Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT.
Baca quran 2-3 muka setiap hari.
Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.

8. Kawal berat badan. Kegemokkan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telor/ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan.

9. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaikknya 70% makanan dari bahan2 segar segar mentah - buah2 dan sayur2. Minum juz segar dari buah2 dan sayur2 Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods . Rujuk garis panduan pemakanan

10. Makan supplement multivitamins, vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.

11. Prosedur2 ujian menghasilkan kehamilan.
Xray HSG untuk buka saluran falopian menghasilkan kehamilan dalam 30% dalam tempoh 3-6 bulan.
Begitu juga prosedur D&C hydrotubation.
Rawatan suntik benih suami IUI juga menghasilkan 10 - 30 % kehamilan.
Ubat subur clomid dan ubat subur suntikan gonadotropin juga sam hasilnya.
IVF ICSI begitu juga hasilnya 30 % kehamilan dengan kos tinggi  RM15 - 20 K.
Pembedahan2 laparoscopy / minilaparotomy untuk mengatasi pelbagai penyakit - cyst, fibroids, endometriosis , tubes blocked dan lain2 menghasilkan 50 - 60% kehamilan dalan jangka panjang.

Ujian Kesuburan

Hubungi klinik 03 20941115

Ubat Subur

Ubat subur hanya diberikan untuk kes-kes tertentu. Wanita yang pusingan haidnya teratur 28-30 hari biasanya subur iaitu telur menetas/ovulasi pada hari ke-14, 15, atau 16. Terdapat beberapa cara untuk mengesan ovulasi - suhu BBT dan ovulation test kit. Sebelum ubat subur diberikan 2 perkara penting diketahui :

1. Benih suami normal.

2. Saluran fallopian tidak tersumbat, melalui ujian X-ray HSG

Ubat sumbur paling sering digunakan ialah ' Clomid' atau clomiphene. Dos permulaan ialah 50 mg setiap hari selama 5 hari berturut-turut, mulai hari kedua haid.

Dos dinaikkan ke 100 mg, 150 mg dan maksima 200 mg. Respons atau tindak balas mesti dipantau melalui ovulation test kit dan transvaginal scanning (tvs) untuk mengelakkan hyperstimulation syndrome yang menyebabkan terlalu banyak telur matang.

D&C dan Hydrotubation boleh Meningkatkan Peluang Hamil

Satu prosedur kecil yang dilakukan sebagai day case. Datang ke Klinik Dr Hamid Arshat pagi, puasa mulai tengah malam sebelumnya. Kos rawatan RM 1.5 K. Boleh balik 3 jam selepas prosedur. Insha Allah peluang hamil meningkat 30%.

Hubungi klinik 03 2094 1115

Pembedahan Laparoscopy Meningkatkan Peluang Hamil

Laparoscopy adalah sejenis pembedahan kecil atau minimally invasive. Insha Allah cepat sembuh dan boleh mula berkerja semula 5 hari selepas bedah. Meningkatkan peluang hamil 50-60 %. Kos pembedahan di Klinik Dr Hamid Arshat ialah antara RM 6-7 K.

Hubungi klinik 03 2094 1115

Sila Kemukakan Masalah Anda

Salam…

Saya mempunyai endrometriosis dan tiap-tiap bulan mengalami senggugut yang teruk. Ingin mendapat bantuan rawatan daripada pihak tuan. Terima kasih. Shameza

Wa salamu alaikum,

Saya sungguh simpati dengan masalah anda. Penyakit endometriosis bila sudah menimpa seseorang wanita, kadangkala agak sukar untuk sembuh dan penyakit berterusan kerana kelemahan dalam immune system anda.

Anda perlu buat perubahan cekal dalam cara gaya hidup anda. Amalan pemakanan amat penting untuk dijaga dengan menjauhi makanan-makanan yang menimbulkan inflamasi atau radangan. Kurangkan gula dan karbohaidret, segala makanan yang diproses - fast food dan junk food, yang mengandungi banyak perisa, pengawet dan pemanis.

Link ini memberi panduan tentang makanan2 yang melawan inflamasi. sila copy dan paste.

http://www.naturalnews.com/045187_foods_that_fight_inflammation_avocado_turmeric.html

 

Comments

12.02.2022 11:58

Yatie razu

assalamualaikum doctor
sy teringin mengandung.sy tau mustahil.umur 49thn ini percubaan last.
last 2016 patut sudah ada bby tapi bkn reski.doctor sah kn.bby tk membesar selepas 3bln.sy minta nasihat do

23.01.2022 04:23

MUNIRAH GHAZALI

AsSaalam Prof Saya Munirah - pernah pergi ke klinin Prof di Bukit Damansara . Mohon jika saya boleh beli 1 atau 2 pasu Pokok Insulin dari kebun Prof - boleh whatsapp saya di 019 2604643 Insyaallah

04.01.2022 00:09

Asmah

Salam doc...saya kawen lmbat usia 44 sy perna hamil luar rahim sy nk hamil .tapi umur saya tk mgizin kan saya chek da rahim dn kilang telur dlam keadaan baik di seblelah kiri.

30.12.2021 00:42

Mawar

Salam doc. Sy sudah berkahwin selama 2tahun++ . Setahun kami merancang dan masuk tahun kedua , alhamdulillah sy mengandung . Namun keguguran dan skrg sudah hampir selepas keguguran masih tiada tanda2

28.12.2021 14:30

Kamilah Binti rahman

Saya dh berkahwin enam tahun , insyallah doakan Saya..

28.12.2021 13:42

Aitri

Salam Doctor . Saya pernah buat laparoscopy pd thn 2017. Sy mpunyai masalah tube blocked tp sehingga sekarang masih belum mengandung . Apa patut saya buat?

28.12.2021 12:26

Nur

Assalamulaikum doc.. saya mahu tanya, boleh kah saya hamil lagi setelah btl dan saya ingin menjalani rawatan ivf utk hamil lg

28.12.2021 11:19

Seha

Assalamualaikum do ,sy dh 14 tahun bekahwin Masih Belum dkurniakn zuriat..pnah melakukan pemeriksaan dkliknik swasta..setakat pemeriksaan Tu alhamdulillah sy & suami X de masalah..

28.12.2021 03:17

FIQAH

Assalamualaikum doc , sy Fiqah berusia 23 tahun .. Masalah saya 4 tahun belum dikurniakan zuriat.. Period datang setiap bulan , cuma kdg tarikh tu x menentu .. Normal ke dktor ?

28.12.2021 03:10

Aina

Assalamualaikum doc, sy Aina berusia 49 tahun dan baru mendirikan rumahtangga kali kedua.(Perkahwinan pertama sy ada 3 anak) Suami sy berusia 41 tahun, dgn izin Allah kalau boleh kami inginkan zuriat.